Saturday, November 7, 2009

Perkara Yang Akan Menjahanamkan Bisnes - Part 3

Pada masa saya sedang menaip artikel ini, sakit kepala saya yang melampau itu masih tidak hilang, walaupun saya sudah pun menelan pil migrain dan panadol. Nak nak pula pasukan bola sepak kegemaran saya, Kelantan kalah di tangan pasukan Negeri Sembilan 1 - 3. Lagi bertambah rasa sedih dan tertekan di hati.

Walaupun begitu, tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya mereka kalah bermaruah, berpantang lawan sebelum kalah. Berkenaan dengan ayat saya, "berpantang lawan sebelum kalah" itu kena dengan artikel saya pada kali ini.

Sedarkah para pembaca semua yang strategi yang gagal akhirnya menghasilkan perasaan putus asa? Saya mengakui, terdetik di hati saya untuk menyerah kalah begitu sahaja. Akan tetapi, kisah Thomas Edison, pereka cipta mentol, begitu menyedarkan saya.

Ayatnya mudah sahaja. "1001 kegagalan aku menghasilkan 1 kejayaan yang gilang-gemilang.".

Seperti yang saya katakan dalam artikel saya yang terdahulu, mentaliti yang lemah dan salah akan menghasilkan perasaan putus asa. Itulah kata kunci kita pada kali ini, 'putus asa'. Anda semua dapat lihat perkaitan antara kedua-dua elemen itu, bukan? Minda yang lemah dan terburu-buru akan memikirkan strategi yang sedikit dan mempunyai kadar sukses ataupun kecekapan yang bermutu rendah, dan hasilnya anda akan gagal. Anda akan berputus asa kerana tidak dapat hasil dalam kadar masa yang cepat. Minda yang kuat dan tenang itu akan memikirkan strategi yang akan berkekalan untuk jangka masa yang panjang, contohnya sehingga 20 tahun di hadapan, dan akan menghasilkan strategi yang berkualiti dan efisien. Kegagalan tetap akan datang walau secekap mana pun strategi anda. Akan tetapi, anda akan terus bangun dari kegagalan disebabkan gaya pemikiran anda yang sudah disetkan supaya berfikir rasional dan jauh ke hadapan.

Kegagalan itu bukan satu alasan untuk anda mengundur diri, lebih-lebih lagi jika anda pernah terdengar ayat hulubalang dan pendekar Melayu zaman dahulu, "pantang menyerah, pantang mengaku kalah walaupun seteruk mana pun aku tersungkur."

Sampai di sini saja entri saya pada kali ini. Ingatlah bahawa gabungan kedua-dua elemen negatif utama iaitu 'mentaliti yang lemah' dan 'putus asa' akan menyebabkan bisnes anda menemui jalan penamat dalam keadaan yang cukup daif dan teruk sekali... dan ucapan saya hanya satu, "Takziah, anda berjaya menjahanamkan bisnes anda sendiri!".

Sekian sahaja buat kali ini. Dalam entri saya yang seterusnya, kata kuncinya adalah "pilihan".

p/s - pada yang hendak menambah dan memberikan komentar, sila-silakanlah... saya amat alu-alukan pendapat bernas anda! Marilah kita belajar dan membangun bersama-sama!



Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.

3 - Ataupun e-mail saya di - hiji_ginta@hotmail.com untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua program hebat ini!

No comments:

Post a Comment