Saturday, December 26, 2009

FAQ 2 - Bagaimana Hendak Mempromosikan GDI?

Salam Sejahtera,

Ini hanyalah 'overview' kepada topik di atas kerana setiap strategi pemasaran GDI akan saya kupas dengan lebih lanjut nanti. Ada seorang hamba Allah telah bertanyakan saya soalan ini.
Ribuan terima kasih saya ucapkan.


- Dari Saudara XXX (nama terpaksa dirahsiakan)

Salam,
saya berminat nk join GDI, tp mcm mane nk promote website supaya org len blh join gak?

- Jawapan saya

W'salam,

Terima kasih sebab sudi lawat blog saya. Okey, strategi pemasaran GDI boleh dibahagikan kepada 2, saya akan kupas satu per-satu strategi itu secara eksklusif dalam post saya yang seterusnya.

1 - Pemasaran Offline - boleh hebahkan kepada famili, kawan-kawan dan member-member yang anda target memang berminat dgn bisnes. Ceritakan semua kepada mereka, daripada produk yang ditawarkan sehinggalah pelan pemasaran dan peluang 'side income' yang boleh dijana.

sbg contoh -
a) pemasaran menggunakan kaedah klasik. Cakap depan-depan, face by face.

b) Edarkan flyers ataupun pamplet.

c) Print-kan iklan dan tampal kat mana-mana.


2 - Pemasaran Online - Dalam strategi ini, anda sebenarnya ada banyak pilihan strategi pemasaran. Saya catatkan secara over view saja.

a) Kaedah Blogging - pemasaran melalui blog seperti yang saya buat sekarang.

b) Pemasaran di forum-forum - Iklankan bisnes GDI di forum-forum ataupun di signature setiap post anda. Tetapi ingat, jangan spam forum itu atau anda akan di-ban oleh forum itu.

c) Iklan online - Boleh melayari laman web iklan seperti Freeads.com, Mudah.my, cari.my dan sebagainya. Submitkan iklan di situ.

d) Laman web sosial - Facebook, Twitter, Friendster, Myspace, Tagged dan lain-lain. Boleh promosi besar-besaran di situ.

e) Promosi di Yahoogroups - Boleh promosi link website di Yahoogroups. Lagi byk group, lagi bagus.

f) E-mail marketing - Ini strategi yg otai-otai GDI memang gemar. Setup laman web sendiri, gunakan sistem autoresponder sendiri dan promosi laman web anda habis-habisan.


Insya-Allah, gerenti.. mesti ada yang sangkut punya. Yang penting, kekalkan momentum anda dan teruskan berusaha. Rajin-rajinlah belajar daripada yang pakar dan gunakan kepakaran 'upline' anda. Nasihat saya adalah satu, mahirkan diri anda dengan produk yang ditawarkan supaya anda lebih yakin dan konfiden dengan penyampaian pemasaran anda.

Sekian saja buat kali ini.

Terima kasih dan salam hormat~ :D


(Shafrizal)

_____________

Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.


3 - Ataupun e-mail saya di - hiji_ginta@hotmail.com untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua program hebat ini!

No comments:

Post a Comment