Showing posts with label online marketing. Show all posts
Showing posts with label online marketing. Show all posts

Monday, January 11, 2010

My new Official Website in English.

Good day friends,

I'm going to announce my new project which the aim is to help the people from around the world, especially those who want to live the lifestyle of a wealthy and rich people. It's all start with a simple step.

Take a look at this website. I made it all by myself without hiring the webmasters or programmers. As easy as ABC, right?

http://rahsia-ebiz.ws/

I will teach you all of the knowledge needed to put yourself in the middle of the vast and challenging internet marketing world.

My project -

1 - To teach and guide you to the most simple marketing strategy and that is through blogging.

2 - To teach people on how to make a website by using the free software NVU and to upload the website to the internet ie. the server using Filezilla.

3 - To help you further the marketing tips and tricks into viral marketing, marketing through social networking and 2.0 websites.

4 - To guide you in promoting your website and your business through forums.

5 - Finally, to guide you in your marketing through safelists and e-mailing list.. the hardest strategy in marketing and undoubtedly, the most efficient.

Stay tuned and we'll meet again soon.

Until then...

(Shafrizal Azmi)
http://rahsia-ebiz.ws/
hiji_ginta@hotmail.com

Saturday, December 26, 2009

FAQ 2 - Bagaimana Hendak Mempromosikan GDI?

Salam Sejahtera,

Ini hanyalah 'overview' kepada topik di atas kerana setiap strategi pemasaran GDI akan saya kupas dengan lebih lanjut nanti. Ada seorang hamba Allah telah bertanyakan saya soalan ini.
Ribuan terima kasih saya ucapkan.


- Dari Saudara XXX (nama terpaksa dirahsiakan)

Salam,
saya berminat nk join GDI, tp mcm mane nk promote website supaya org len blh join gak?

- Jawapan saya

W'salam,

Terima kasih sebab sudi lawat blog saya. Okey, strategi pemasaran GDI boleh dibahagikan kepada 2, saya akan kupas satu per-satu strategi itu secara eksklusif dalam post saya yang seterusnya.

1 - Pemasaran Offline - boleh hebahkan kepada famili, kawan-kawan dan member-member yang anda target memang berminat dgn bisnes. Ceritakan semua kepada mereka, daripada produk yang ditawarkan sehinggalah pelan pemasaran dan peluang 'side income' yang boleh dijana.

sbg contoh -
a) pemasaran menggunakan kaedah klasik. Cakap depan-depan, face by face.

b) Edarkan flyers ataupun pamplet.

c) Print-kan iklan dan tampal kat mana-mana.


2 - Pemasaran Online - Dalam strategi ini, anda sebenarnya ada banyak pilihan strategi pemasaran. Saya catatkan secara over view saja.

a) Kaedah Blogging - pemasaran melalui blog seperti yang saya buat sekarang.

b) Pemasaran di forum-forum - Iklankan bisnes GDI di forum-forum ataupun di signature setiap post anda. Tetapi ingat, jangan spam forum itu atau anda akan di-ban oleh forum itu.

c) Iklan online - Boleh melayari laman web iklan seperti Freeads.com, Mudah.my, cari.my dan sebagainya. Submitkan iklan di situ.

d) Laman web sosial - Facebook, Twitter, Friendster, Myspace, Tagged dan lain-lain. Boleh promosi besar-besaran di situ.

e) Promosi di Yahoogroups - Boleh promosi link website di Yahoogroups. Lagi byk group, lagi bagus.

f) E-mail marketing - Ini strategi yg otai-otai GDI memang gemar. Setup laman web sendiri, gunakan sistem autoresponder sendiri dan promosi laman web anda habis-habisan.


Insya-Allah, gerenti.. mesti ada yang sangkut punya. Yang penting, kekalkan momentum anda dan teruskan berusaha. Rajin-rajinlah belajar daripada yang pakar dan gunakan kepakaran 'upline' anda. Nasihat saya adalah satu, mahirkan diri anda dengan produk yang ditawarkan supaya anda lebih yakin dan konfiden dengan penyampaian pemasaran anda.

Sekian saja buat kali ini.

Terima kasih dan salam hormat~ :D


(Shafrizal)

_____________

Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.


3 - Ataupun e-mail saya di - hiji_ginta@hotmail.com untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua program hebat ini!

Thursday, December 24, 2009

Ammar Zahar Mengganas Lagi!

Salam Sejahtera,

Kawan saya, Ammar Zahar telah muncul dengan produk barunya yang akan menggegarkan dunia bisnes internet iaitu dari 'Zero Ke Hero', mengisahkan teknik-teknik rahsia dan pengalaman beliau sepanjang pembabitannya dalam dunia bisnes internet. Kenapa saya katakan "Ammar Zahar Mengganas"?!

Haha, daripada seorang yang zero kepada hero yang disegani ramai, senang saja. Beliau ada teknik rahsia, dan kali ini beliau sudi berkongsi dengan kita semua. Nak ke tak nak, terpulang kepada anda semua. Tapi kali ini saya berani jamin, anda akan rugi sekiranya tidak mendapatkan produk terulung beliau kerana kali ini saya bagi rating 10/10, marvelous excellent!

Sebelum itu, anda baca dulu apa yang beliau katakan kepada saya sebelum produk "Zero Ke Hero" dikeluarkan. (Amaran - Ini bukan tipu semata-mata, ini adalah luahan hati nurani Ammar Zahar sendiri).

_____________

Bagaimana Buat Duit Di Internet Daripada ZERO? (Ammar Zahar)

Ini adalah antara persoalan yang popular sejak kebelakangan ini memandangkan kita mengalami kegawatan ekonomi. Kedai-kedai banyak yang tutup kerana tak mampu lagi bayar sewa, dan pekerja.. Pekerja ramai yang diberhentikan kerja.. Dan banyak lagi masalah yang melanda.

Jadi, oleh sebab itu persoalan Bagaimana Buat Duit Di Internet semakin popular memandangkan buat duit di internet tidak memerlukan banyak modal atau boleh bermula daripada ZERO pengetahuan dan ZERO modal.

Terkejut tak bila saya katakan ZERO modal?

Ya, seorang usahawan internet muda, Ammar Zahar baru-baru ini melancarkan sebuah produk Zero Ke Hero iaitu strategi bagaimana beliau menjana pendapatan di internet bermula daripada ZERO pengetahuan dan ZERO modal..

Dia sememangnya sama saja dengan kebanyakan anda pada awal tahun lepas. Teringin nak buat duit di internet tapi tak tahu caranya. Akhirnya atas usaha gigih dan strategi yang mengena, beliau kini menjadi salah seorang usahawan internet yang disegani dan mempunyai syarikat sendiri..

Bukan itu saja, jika dulu beliau digelar ZERO dan tidak mempunyai apa-apa selain duit PTPTN, kini beliau mampu membeli rumah sendiri, kereta sendiri dan pendapatan beliau melebihi dekan fakulti sendiri.

Manarik kan?

Itu tak cukup menarik..

Yang lebih menarik, beliau kini membuka jualan Zero Ke Hero, berkongsi rahsia kejayaannya di internet dengan umum dan pastinya, ini bukan untuk semua orang..

Pakej ini hanya untuk mereka yang berminat nak buat duit di internet dan percaya bahawa internet adalah perniagaan sebenar dan bukannya skim cepat kaya seperti kebanyakan orang yang silap jalan.

Zero Ke Hero.com

Klik saja link diatas dan tonton video Ammar.. Saya pasti, jika anda mendapatkan Zero Ke Hero, anda bakal bergelar Usahawan Internet berjaya tak lama lagi.. Mungkin setahun, sebulan, ataupun seminggu?

Jika anda dapatkan pakej ini dan ambil tindakan, semuanya tak mustahil!

Zero Ke Hero.com

Semoga berjaya!

_____________


Bagaimana? Anda tertarik? Nasihat saya cuma satu, anda dapatkan produt ini dan ikut satu persatu apa yang diajarkan oleh Ammar Zahar melalui "Zero Ke Hero" ini. Kerana apa saya berani jamin yang segala nasihat beliau itu semuanya berfaedah dan berguna untuk anda mengasaskan satu bisnes Internet yang berjaya?

...Saya sendiri mengaplikasikan segala ajaran beliau dalam perniagaan Internet GDI saya, dan ternyata ia membuahkan hasil yang lumayan...

Okey, cukup buat kali ini saja. Nak tahu selebihnya, anda bolehlah layari laman web ini - Zero Ke Hero.com dan saya syorkan kepada anda untuk mendapatkannya kerana hampir kesemua IM (Internet Marketers) di Malaysia mengakui 100% keberkesanan produk ini.

Ganas, bukan?


(Shafrizal Azmi)


Sunday, November 15, 2009

How To Make Money With Physical Products By Patrick Chan (11 - 12 November 2009)

Laporan Ringkas Oleh Mohd Shafrizal Yang Telah Menyertai Seminar "How To Make Money With Physical Products" Oleh Mr. Patrick Chan, 12 November 2009 di Melia Hotel, Kuala Lumpur.

(12 November 2009, Melia Hotel, Kuala Lumpur)

Seminar ini dikhaskan untuk golongan 'Newbie" ataupun golongan yang baru berkecimpung dalam bisnes internet ataupun yang menyimpan hasrat untuk menceburi bisne internet sama ada secara 'part-time' ataupun 'full-time'.

Dalam seminar ini , IM terkenal iaitu Patrick Chan telah mendedahkan serba-sedikit mengenai apa itu niche marketing, pemilihan sasaran pembeli, penerapan SEO dalam pembuatan laman web dan kesilapan yang sering dilakukan oleh golongan yang baru menceburi bidang bisnes internet.

Apakah yang dimaksudkan dengan niche marketing? Niche marketing adalah sebagai satu element ataupun subset kepada fokus sesuatu produk itu. Ia juga boleh dikatakan sebagai meletakkan fokus kepada ciri-ciri sesuatu produk itu dari segi karakteristik produk itu, sasaran pembeli, sejauh mana produk itu mampu memenuhi kehendak pasaran bagi sasaran yang ditetapkan, kualiti produk tersebut serta status dan 'demography' golongan sasaran.

Dalam hal ini, pengusaha ataupun pemasar seuatu produk mestilah menyasarkan golongan yang dijangka mampu memenuhi kehendak mereka sekiranya mereka memiliki produk tersebut.

Sebagai contoh, pemain bola sepak, khususnya yang baru bermain memerlukan bola sepak sendiri untuk berlatih. Jadi mereka memandang bola sepak dan buku cara-cara untuk bermain bola sepak sebagai elemen yang memenuhi kehendak mereka. Kata kunci niche bagi golongan ini adalah -

ball, soccer, book, newbies

Niche yang terbaik adalah niche yang memberi gambaran awal bagaimana produk itu akan memenuhi kehendak mereka, seterusnya menarik hati mereka untuk membeli produk itu. Jadi, dalam kes di atas, niche yang berkesan adalah -

Soccer ball for newbies, Soccer book for newbies, Book on how to play soccer well dan lain-lain lagi yang saya sendiri pun tidak mampu untuk fikirkannya. (andai kata saya salah, saya minta maaf. Saya pun baru saja dalam bidang ini~)

Niche produk juga boleh direka berdasarkan soalan 'Untuk Apa, Golongan Sasaran, Jenis' iaitu dalam bahasa Inggeris disebut "About, Who, Type". Sebagai contoh -

- Menjual buku mengenai __________ (mestilah spesifik dan jelas)
- Alatan memancing untuk __________ (golongan sasaran)
- Sarung tangan _________ (jenis)


Dalam penerapan SEO pula, Patrick Chan telah menyentuh mengenai kepentingan SEO (Search Engine Optimization) dalam meningkatkan kadar trafik ke laman web. Hanya dengan berbekalkan meta-tag optimization dan penyusunan struktur laman web itu sendiri, anda boleh lihat se-popular manakah laman web anda dan sebanyak mana pelawat masuk ke dalam laman web anda. Makin banyak pelawat yang melawat laman web anda, semakin banyak-lah peluang anda untuk melariskan jualan anda. SEO memainkan peranan penting kerana kita boleh lihat sendiri sejauh mana pelawat melawat laman web kita sendiri melalui graf kemasukan pelawat yang disediakan, sebagai contoh, graf pelawat dalam Google Analytics. LAman web yang ramai dimasuki pengunjung akan meningkat kedudukannya sehingga ke tempat teratas apabila kata kunci lawan web itu dimasukkan dalam kotak 'search' dalam enjin carian, sebagai contoh, Google.

Selain itu, Patrik Chan juga mendedahkan kesilapan golongan yang baru memasuki alam bisnes internet ynag secara tidak langsung berpunca daripada mentaliti golongan itu sendiri. Bak kata Patrick Chan, "Tiada jalan mudah untuk memperolehi pendapatan lumayan melalui internet melainkan anda berusaha dan belajar pada masa yang sama.". Daripada mentaliti yang salah iaitu "bisnes internet menjanjikan pendapatan lumayan dalam masa sekelip mata", maka lahirlah pemikiran malas, takut untuk mencuba benda yang baru, sikap sambil lewa, takutkan risiko, salah pilihan dan lain-lain lagi.

Beliau telah mencatatkan 6 kata kunci penting yang selalu dilakukan oleh IM baru yang menyebabkan mereka gagal.

1 - Gaya pemikiran yang salah
2 - Berfikir melebihi kemampuan diri
3 - Tiada strategi perniagaan
4 - Takutkan risiko dan peluang untuk mencuba benda yang baru
5 - Sikap sambil lewa dan berputus asa
6 - Bertindak tergesa-gesa

Secara kesimpulannya, saya katakan ini adalah antara seminar-seminar yang bagus untuk disertai kerana segala maklumat yang disampaikan adalah berkait rapat dengan perkara-perkara yang sering ditekankan oleh setiap usahawan berjaya. Dalam erti kata lain, strategi untuk melangkah ke arah kejayaan. Sekian saja untuk kali ini.

(Mohd Shafrizal)

p/s - minta maaf, saya baru saja kebah dari demam kerana saya buat kerja gila, meredah hujan selama 40 minit hanya untuk ke seminar tersebut. Nasib baik ada baju hujan. Kalau tak, memang basah lenjun. Dan keesokan harinya, saya terpaksa berangkat pulang ke Teluk Intan, iaitu ke rumah keluarga saya kerana cuti universiti telah pun bermula. Jadi segala kekurangan dalam entri kali ini, minta maaf dan halalkan ya. Kalau mahu lebih lagi, saya akan beri penerangan satu persatu dalam entri saya yang seterusnya. Kalau nak nota catatan saya pun boleh gak, saya akan scan dan letakkan dalam satu folder, dan saya akan postkan link di sini.


_________________________

Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.

3 - Ataupun e-mail saya di - hiji_ginta@hotmail.com untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua program hebat ini!

Wednesday, November 11, 2009

Melanun? Ataukah Anda Dilanun?

Salam sejahtera.

Kesemua artikel yang saya tulis adalah berdasarkan satu kata kunci, seperti biasa. Ini adalah untuk memudahkan pemahaman para pembaca dan memudahkan para pembaca mengingati dan mempraktikkan apa yang dipelajari di blog saya ini.

Jadi, kata kunci kita pada hari ini adalah 'Lanun' ataupun 'Piracy'. Ia juga bersamaan engan perkataan 'cetak rompak' ataupun 'copy-writing without permission'. Selalu juga saya lihat di blog-blog ataupun laman web yang lain, terdapat bukti-bukti sahih yang penulis blog ataupun laman web telah meniru 'sebijik' dan meletakkan di blog ataupun laman web mereka sendiri, tanpa meletakkan kreditasi sebagai penghargaan kepada penulis asal yang telah memeras otak dan menulis artikel mereka dengan bersusah-payah.

Ini juga adalah faktor mengapa satu-satu blog ataupun laman web itu tidak dikunjungi ramai walaupun menawarkan beribu-ribu barangan ataupun produk percuma mahupun berbayar yang terbukti berkesan dan efektif. Sekilas pandang saja, pembaca sudah pun tahu sama ada penulis itu benar-benar menulis artikel mereka ataupun mereka cuma meniru bulat-bulat dan meletakkan di blog ataupun laman web mereka tanpa kebenaran ataupun tidak meletakkan kreditasi sebagai penghargaan ke atas penulis asal artikel tersebut.

Ramai orang di Malaysia mengambil remeh hal ini, atas dasar "Alah, halal la. Bukan boleh bawak pegi kubur pun.". Pemikiran ini adalah salah, kerana ia akan menjadi tunjang kepada idea-idea buruk yang lebih extreme, seperti pencurian e-mailing list, adegan spamming, adegan memburuk-burukkan orang lain dan sebagainya. Puncanya hanya satu, etika melanun seperti ini.

Saya memuji dan menghormati sesiapa yang mempunyai etika yang tinggi dan berbudi. Sebagai contoh, terdapat ramai orang yang meminta kebenaran dari saya untuk mengambil artikel dari blog saya untuk dimasukkan ke dalam artikel mereka. Atas sebab-sebab ingin sama-sama berjaya dalam bisnes internet ini, saya memberikan persetujuan dan saya tidak minta pun untuk diletakkan nama saya atau apa-apa pun. Ini adalah sebab saya berfikir bahawa jikalau artikel saya boleh membantu mereka berjaya, jadi apa salahnya kita saling tolong-menolong, betul tak? Cuma, sekurang-kurangnya mintalah kebenaran dahulu, itu melambangkan ketinggian budi pekerti kita dan etika kita yang bagus untuk mencapai kejayaan dalam bisnes internet. Amanah dan jujur itu penting, bukan saja di dalam arena bisnes internet ini, malah dalam segala aspek kehidupan kita juga.

Akhir kata, bersama-samalah kita membina etika perniagaan yang bagus dan positif supaya kita akan lebih dihormati oleh orang ramai, dan bisnes kita bertambah maju. Sebelum saya menutup artikel ini, mari kita sama-sama layan lagu berkonsepkan lanun yang saya ambil dari Youtube ini. Saya minat lagu-lagu jenis ini sebenarnya.


Alestorm - Keelhauled (genre - Pirate Metal)


Selamat berjaya.

(Shafrizal)



Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.

3 - Ataupun e-mail saya di - hiji_ginta@hotmail.com untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua program hebat ini!

Monday, November 9, 2009

Mari Berkongsi! E-book Percuma.

Salam sejahtera,

Pada kali ini, saya ingin berkongsikan 2 e-book percuma yang saya dapati dari saudara Ammar Zahar dan saudara Wanmus, 2 nama Internet Marketer yang sedang meningkat naik dalam perniagaan internet ini.

Daripada 2 e-book ini, saya telah mempelajari bagaimana ingin memulakan perniagaan internet secara berperingkat dan tabiat yang wajib dielakkan supaya tidak kehilangan prospek yang ingin bernaung di bawah kita, seterusnya saling tolong-menolong dan berjaya bersama-sama.

Bagaimana Nak Mula - Ammar Zahar
http://www.ziddu.com/download/7293988/Bagaimana-Nak-Mula.pdf.html

101 Tabiat Kehilangan Pelanggan - Wanmus
http://www.ziddu.com/download/7294155/101-tabiat-kehilangan-pelanggan-oleh-wanmus.pdf.html

Saya sarankan para pembaca semua supaya mendalami isi-isi 2 e-book ini dalam praktikkan secara berperingkat dan berkesan, kerana ia terbukti banyak membantu saya dalam memajukan diri saya... begitu juga harapan saya semoga anda boleh maju bersama-sama saya. Marilah kita menuju kejayaan!

(Shafrizal)



Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.

3 - Ataupun e-mail saya di - hiji_ginta@hotmail.com untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua program hebat ini!

Bagaimana Hendak Menjahanamkan Bisnes - Part Akhir

Salam sejahtera semua.

Saya ingin jadikan entri kali ini ringkas dan mudah untuk difahami, kerana ianya berkaitan dengan elemen "mentaliti" dan "putus asa" yang saya telah bincangkan dalam entri saya yang terdahulu.

Kata kunci kita pada kali ini adalah "pilihan".

Dalam bahasa pengajian ekonomi-nya adalah "choice", bergantung kepada "necessity" dan "desire" kita. Sebagai contoh, anda mahu berkecimpung dalam bisnes internet. Itu adalah "necessity" anda. Anda terpaksa ketepikan "desire" anda untuk membeli sepasang kasut Nike berharga RM200. Kasut Nike anda itu adalah "Opportunity Cost", iaitu elemen yang terpaksa dikorbankan bagi memenuhi "Necessity" anda. Dalam keghairahan anda untuk menceburi bidang bisnes internet, anda terpaksa juga membuat "sub-choice", iaitu dengan memilih perniagaan internet yang sesuai untuk anda, di bawah syarikat apa yang anda mahu sertai, dan di bawah siapa anda ingin bernaung.

Jikalai dinilai berdasarkan saya pula, saya mengambil satu "choice" yang berani untuk menyertai bisnes internet, sekaligus melupakan hasrat saya untuk mengubahsuai motorsikal Suzuki TXR Panther 150 Gamma saya untuk tujuan merempit.. oh, bergurau saja. Untuk "Sub-Choice" saya, saya memilih perniagaan MLM berasaskan internet, kerana saya yakin dengan kemampuan saya untuk pergi lebih jauh, Insya-Allah, selain pengalaman dan prestasi baik saya sepanjang bekerja dengan syarikat seperti The Store Supermarket, Tesco dan Courts Mammoth sebelum ini. Syarikat yang saya pilih adalah GDI, berdasarkan reputasi yang baik, kesahihan 100% tulen dan peluang-peluang yang dipunyai oleh GDI yang ternyata begitu memberansangkan dan menarik hati saya setelah saya mengkaji selama 2 tahun mengenai GDI. Dan akhirnya, upline saya adalah tidak lain tidak bukan, pakar bisnes internet Malaysia sendiri iaitu Encik Zamri Nanyan, merangkap sifu (mentor) saya sendiri. Minta maaf, saya tidak berniat pun untuk membanggakan diri, kerana saya hanyalah seorang hamba Allah yang tidak seberapa saja. Ianya untuk menyedarkan para pembaca betapa pentingnya soal pilihan ini, dan cara terbaik adalah dengan mengambil kira kebolehan kita sendiri.

Itu adalah "Choice" dan "Sub-Choice" saya sendiri. Persoalannya di sini, bagaimanakah "Choice" (Pilihan) itu boleh menjahanamkan bisnes anda dan seterusnya diri anda sendiri?

Saya akan senaraikan elemen-elemennya dalam "list form" -

1 - Keputusan anda untuk menyertai bisnes internet di kala masa masih tidak sesuai untuk anda.
2 - Kesilapan anda memilih syarikat hanya kerana anda tertarik dengan apa yang ditawarkan di website, blog dan iklan mereka tanpa membuat kajian mendalam mengenainya.
3 - Kesilapan anda dalam memilih strategi yang terbaik untuk anda memulakan bisnes.

Untuk point yang pertama dan kedua, saya andaikan anda terpengaruh dengan iklan-iklan yang meawarkan pulangan berganda dalam masa yang singkat, contohnya - "Wang Hebat, Join la Kami Sekarang!! RM600 - RM1000 sehari!!". Anda pula di ambang kekurangan wang, jadi anda tidak berfikir panjang dan terus saja menyertai-nya dengan harapan untuk menjana pendapatan dalam masa yang cukup singkat. Namun, realiti tidak seindah yang disangka. Anda berasa tertipu dan apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur... menyesal pun tidak berguna lagi. Duit lesap begitu saja.

Nasihat saya hanya satu. Kajilah mengenai bisnes yang menarik minat anda itu dengan lebih mendalam. Berfikirlah secara rasional, bukan mengikut hawa nafsu. RM600 - RM1000 dalam masa sehari, dan pulangan pendapatan seperti itu sehari? Bukankah ia tidak logik dan tidak munasabah? Bagaimanakah anda boleh menjana pendapatan dalam masa sehari, tambah lagi hanya sehari selepas anda menyertai bisnes tersebut? Dalam rekod perniagaan saya, paling cepat pun saya memperolehi downline yang setia adalah dalam masa 2 hari... itupun melalui GDI dan program Pemasaran Auto Viral Encik Zamri Nanyan. Bagi saya, membina kepercayaan orang terhadap kita dan juga kredibiliti kita memakan masa yang panjang. Tidak mudah untuk kita melakukannya, akan tetapi ia boleh memberikan pulangan yang lumayan sekiranya kita berjaya. Tolonglah, jangan tertipu dengan bisnes-bisnes yang scam dan masih diragui keupayaannya, yang menawarkan pulangan yang sangat lumayan tetapi tidak munasabah dari segi kadar membina perniagaan dan jumlah yang ditawarkan. Buatlah kajian terlebih dahulu sebelum anda menceburi bidang ini, kerana pilihan yang betul akan melonjakkan anda ke taraf memiliki kebebasan kewangan mutlak. Inilah yang telah dilakukan oleh Encik Zamri Nanyan, Mr. Gobalakrishnan, saudara Zulfadhli SmartUsaha, saudara Labanon, abang Aqif (saya gelarkan dia abang, hormat~) dan lain-lain lagi pengusaha bisnes internet yang telah pun berjaya dan kini menolong orang supaya berjaya pula. Ramai orang yang saya kenal khususnya di Komuniti GDI-Ning telah menceburikan diri dalam perniagaan internet ini, membuat pilihan yang baik dan akhirnya berjaya. Kalau hendak disebut nama mereka, pasti saya terpaksa membuat entri sambungan untuk tajuk ini. Terlampau banyak.

Untuk point yang ketiga iaitu Strategi, saya pasti anda telah pun mengusutkan fikiran anda dengan belajar dan cuba mempraktikkan kesemua strategi yang telah anda pelajari. Dan hasilnya? Saya pasti ini adalah satu failure, satu kegagalan buat anda... kerana saya telah mengalaminya sendiri. Dalam hal ini, nasihat saya pun cuma satu. Anda hendaklah mengesan strategi apa yang sesuai dengan fitrah dan keupayaan anda. Sebagai contoh, saya memilih pemasaran di blog saya dan di laman web social networking seperti Myspace, Friendster, Facebook, iklan di laman web iklan percuma selain di forum-forum yang saya sertai kerana ianya bersesuaian dengan fitrah saya sebagai seorang pelajar miskin yang hanya bersumberkan duit PTPTN sahaja. Bagi yang mampu, anda bolehlah terus sahaja ke arah membina laman web mini, melanggan sistem autoresponder yang anda fikir adalah terbaik seperti Aweber dan Getresponse, dan mula memasarkan bisnes anda bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Sebenarnya, ada lebih dari 1001 strategi yang anda boleh gunakan. Akan tetapi, pilihlah mana yang anda rasa boleh mendatangkan kelebihan kepada anda buat permulaan. Laksanakan strategi anda satu-persatu dan anda tidak perlu terburu-buru. Yang penting adalah membina kredibiliti dan pengaruh anda, itulah yang paling penting.

Sekian saja entri saya pada kali ini, dan saya mengingatkan diri saya yang penuh dengan kelemahan ini serta para pembaca supaya tidak terburu-buru dalam membuat pilihan. Bersikap terburu-buru dalam membuat pilihan akan menyebabkan bisnes anda jahanam dan akan mengheret anda sekali ke lembah jahanam... kesudahannya, semua pun jahanam~

Habis sudah artikel saya mengenai bahana perbuatan yang akan menjahanamkan bisnes pada kali ini. Dalam entri saya yang seterusnya, saya akan sentuh mengenai strategi pemasaran untuk panduan diri saya dan juga para pembaca sekalian. Insya-Allah, mudah-mudahan kita beroleh barakah Allah Taala dan seterusnya memajukan bisnes kita bersama-sama ke arah yang lebih gemilang.

(Shafrizal)



Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.

3 - Ataupun e-mail saya di - hiji_ginta@hotmail.com untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua program hebat ini!

Saturday, November 7, 2009

Mari berkongsi - Contoh Surat Jualan

Seperti yang anda ketahui, laman web jualan seperti laman web minisites adalah laman web promosi terhadap sesebuah produk. Di dalamnya kita menulis ayat-ayat “pujukan” (surat jualan) agar bakal pembeli meyakini produk yang kita jual tersebut.

Saya suka membaca surat jualan di laman web orang lain, malah saya simpan sebagai swipe file untuk dijadikan sebagai bahan rujukan, perbandingan atau kajian. Ada yang jenis berterus-terang, ada yang jenis mempromosikan barang secara melampau-lampau sehingga meluat pembaca membacanya dan ada yang mencanang dan mengangkat bakul sendiri.

Di sini, saya akan kongsikan formula membuat surat jualan atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut 'Sales Letter' yang mantap, khas daripada Peter Geisheker, CEO Geisheker Group Marketing Firm.


The Sales Letter Formula -
http://www.ziddu.com/download/7267193/sales_letter_formula.pdf.html

Contoh-contoh surat jualan -

http://www.ziddu.com/download/7267296/free_sample_sales_letter_1.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/7267306/free_sample_sales_letter_2.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/7267317/free_sample_sales_letter_3.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/7267331/free_sample_sales_letter_4.pdf.html


Anda boleh memuat turun kesemuanya secara percuma sahaja. Anggaplah ini sebagai hadiah dari saya untuk membantu anda melonjakkan bisnes anda kepada peringkat yang lebih tinggi dan lebih maju.

Semoga anda akan terus sukses dalam perniagaan anda, Insya-Allah.

(Shafrizal)



Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.

3 - Ataupun e-mail saya di - hiji_ginta@hotmail.com untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua program hebat ini!



Perkara Yang Akan Menjahanamkan Bisnes - Part 3

Pada masa saya sedang menaip artikel ini, sakit kepala saya yang melampau itu masih tidak hilang, walaupun saya sudah pun menelan pil migrain dan panadol. Nak nak pula pasukan bola sepak kegemaran saya, Kelantan kalah di tangan pasukan Negeri Sembilan 1 - 3. Lagi bertambah rasa sedih dan tertekan di hati.

Walaupun begitu, tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya mereka kalah bermaruah, berpantang lawan sebelum kalah. Berkenaan dengan ayat saya, "berpantang lawan sebelum kalah" itu kena dengan artikel saya pada kali ini.

Sedarkah para pembaca semua yang strategi yang gagal akhirnya menghasilkan perasaan putus asa? Saya mengakui, terdetik di hati saya untuk menyerah kalah begitu sahaja. Akan tetapi, kisah Thomas Edison, pereka cipta mentol, begitu menyedarkan saya.

Ayatnya mudah sahaja. "1001 kegagalan aku menghasilkan 1 kejayaan yang gilang-gemilang.".

Seperti yang saya katakan dalam artikel saya yang terdahulu, mentaliti yang lemah dan salah akan menghasilkan perasaan putus asa. Itulah kata kunci kita pada kali ini, 'putus asa'. Anda semua dapat lihat perkaitan antara kedua-dua elemen itu, bukan? Minda yang lemah dan terburu-buru akan memikirkan strategi yang sedikit dan mempunyai kadar sukses ataupun kecekapan yang bermutu rendah, dan hasilnya anda akan gagal. Anda akan berputus asa kerana tidak dapat hasil dalam kadar masa yang cepat. Minda yang kuat dan tenang itu akan memikirkan strategi yang akan berkekalan untuk jangka masa yang panjang, contohnya sehingga 20 tahun di hadapan, dan akan menghasilkan strategi yang berkualiti dan efisien. Kegagalan tetap akan datang walau secekap mana pun strategi anda. Akan tetapi, anda akan terus bangun dari kegagalan disebabkan gaya pemikiran anda yang sudah disetkan supaya berfikir rasional dan jauh ke hadapan.

Kegagalan itu bukan satu alasan untuk anda mengundur diri, lebih-lebih lagi jika anda pernah terdengar ayat hulubalang dan pendekar Melayu zaman dahulu, "pantang menyerah, pantang mengaku kalah walaupun seteruk mana pun aku tersungkur."

Sampai di sini saja entri saya pada kali ini. Ingatlah bahawa gabungan kedua-dua elemen negatif utama iaitu 'mentaliti yang lemah' dan 'putus asa' akan menyebabkan bisnes anda menemui jalan penamat dalam keadaan yang cukup daif dan teruk sekali... dan ucapan saya hanya satu, "Takziah, anda berjaya menjahanamkan bisnes anda sendiri!".

Sekian sahaja buat kali ini. Dalam entri saya yang seterusnya, kata kuncinya adalah "pilihan".

p/s - pada yang hendak menambah dan memberikan komentar, sila-silakanlah... saya amat alu-alukan pendapat bernas anda! Marilah kita belajar dan membangun bersama-sama!



Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.

3 - Ataupun e-mail saya di - hiji_ginta@hotmail.com untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua program hebat ini!

Friday, November 6, 2009

Perkara Yang Akan Menjahanamkan Bisnes - Part 2

Salam sejahtera para pembaca semua. Minta maaf jikalau entri pada kali ini pendek dan ringkas sahaja. Kerana pada waktu saya menulis entri ini, saya baru sahaja diserang penyakit migrain saya yang datang balik selepas bertahun-tahun ia menyepi. Bak kata seorang kawan, "Itulah, merokok je kerja. Tak da cara lain ke nak release tension?!!". Tak mengapa, kita tinggalkan dulu aktiviti tidak berfaedah saya itu.

Dalam entri kali ini, kata kunci kita yang kedua adalah 'mentaliti'. Sebenarnya kata kunci kita pada kali ini memainkan peranan penting kerana mentaliti itu adalah sebenarnya yang menentukan hala tuju hidup kita. Dalam bahasa Inggerisnya dipanggil, "mindset".

Para usahawan amat menitikberatkan kata kunci ini. Mentaliti yang mereka pegang dan cara mereka berfikir adalah lain sekali dengan cara kita biasa berfikir.

Dalam dunia realiti ini, saya sering lihat kemajuan ataupun kejatuhan sesorang usahawan ataupun seseorang yang hendak menceburi bisnes itu. Saya fikir, ianya berkait rapat dengan mentaliti seseorang. Begitu juga dengan bisnes internet. Mentaliti ataupun gaya pemikiran yang kita sering hadapi adalah bisnes internet ini boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan dan cepat, tanpa banyak usaha sekalipun.

Minta maaf, tetapi gaya pemikiran itu adalah salah. Dalam apa jua bisnes internet sekalipun, kesemuanya tidak menjanjikan pulangan yang lumayan sekiranya anda tidak berusaha, dan pulangan yang cepat walau apa cara promosi anda sekalipun. Kenapa?

Bisnes Internet ini memerlukan anda mengukuhkan kepercayaan orang lain terhadap diri anda dan kredibiliti anda sendiri. Kepercayaan yang hendak dibina itu kadang-kala memakan masa yang sangat lama, bukan sekadar anda berikan photo anda, alamat rumah anda, nombor telefon anda dan lain-lain lagi. Prospek anda akan tengok sejauh mana anda berjaya menguruskan perniagaan anda, kredibiliti dan penampilan anda. Dan di sini saya hendak tekankan bahawa anda tidak semiestinya mendapat ramai pelanggan hanya dengan mencanang kekayaan hasil bisnes internet anda, seperti meletakkan gambar promosi yang melampau-lampau.

Yang pasti, kejujuran dan personaliti itu penting. Gabungkan kedua-dua elemen penting itu, beserta dengan mentaliti yang betul, iaitu berbisnes untuk jangka masa yang panjang... barulah anda akan berjaya di masa hadapan.

Dalam artikel lain, saya akan bincangkan mengenai kata kunci yang saling berkait dengan 'mentaliti yang salah', iaitu 'putus asa'. Sekian sahaja buat kali ini, dan... aduh, sakit kepala lagi.

Minta maaf, andai kata tersilap dan terkasar bahasa.

(Shafrizal)


Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.

3 - Ataupun e-mail saya di - hiji_ginta@hotmail.com untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua program hebat ini!

Thursday, November 5, 2009

Perkara Yang Akan Menjahanamkan Bisnes - Part 1

Dalam entri pada kali ini, saya hendak membincangkan mengenai perkara ini. Dalam kita mengejar penjualan dan pemasaran yang tinggi, kita tidak sedar akan hal-hal remeh-temeh seperti ini. Adab bermasyarakat sudah pun ditinggalkan, walhal ia sangat membantu kita dalam interaksi sesama manusia dalam kehidupan seharian. Begitu juga dengan tips-tips asas yg sebenarnya mempunyai kekuatan yang penting dalam membantu pemasaran dan strategi jualan kita supaya lebih kukuh dan ampuh.

Kata kunci kita pada kali ini adalah adab. Adab, seperti yang diistilahkan oleh kamus adalah budi pekerti dan nilai-nilai moral. Baik buruk budi pekerti seseorang itu terletak pada adabnya. Baik adabnya, maka dipandang tinggilah dia.

Namun begitu, saya melihat masyarakat kita seakan-akan kekurangan adab. Ini termasuklah saya sendiri, Na'uzubillah. Saya akui, saya memang ada kekurangan saya sendiri. Dan pada kali ini saya menasihati diri saya dan para pembaca sekalian, semoga Allah Taala membimbing kita semua ke jalan yang benar.

Perkara yang kita sering perhatikan dalam bisnes internet ini adalah apabila seorang IM (Internet Marketer) membantai IM yang lain, seakan-akan menunjukkan dia tiada adab. Sering juga saya mengunjungi blog-blog IM secara senyap, iaitu melayari blog mereka dan membaca pos blog mereka tanpa meninggalkan apa-apa kesan seperti komentar dan sebagainya.

Akan tetapi, terdapat juga IM yang menjadikan blog mereka sebagai tempat untuk mereka membantai dan mengutuk IM yang lain. Apakah ini satu tindakan yang baik? Jikalau tidak berpuashati, maka salurkan ketidakpuasan hati itu secara berhikmah. Ajaklah berbincang dengan baik, itu barulah menangani masalah secara profesional.

Saya juga akui saya agak bersetuju dengan ketidakpuasan hati mereka mengenai hal-hal tertentu. Akan tetapi adalah tidak patut untuk mereka berbuat begitu. Sekurang-kurangnya pergilah berbincang bersama, luahkan apa yang terbuku di hati. Itu barulah gaya seorang profesional dan kata orang barat, "gentleman".

Tidakkah mereka sedar yang gaya mereka sebegitu rupa menunjukkan kepada prospek-prospek pembeli yang mereka itu tidak profesional seperti yang disangka? Apabila masuk musim pasaran dan jualan barangan mereka, ayat yang keluar dari mulut dan ditaip di e-mel adalah begitu manis dan mampu memukau pembeli... akan tetapi, realitinya tidak seindah yang disangka.

Ini boleh membuatkan pelanggan lari kepada penjual yang lain, walaupun betapa hebatnya isi kandungan barangan yang dijual oleh mereka. Bak kata orang barat, "Self impression is important. It shows the world on how good you are, before the world judges you more.".

Lihatlah bagaimana adab itu boleh mempengaruhi jualan dan bisnes seseorang itu. Anda mempunyai adab dan pekerti yang tinggi, anda akan hidup senang dan dihormati orang. Begitu juga sebaliknya.

Sekian saja buat entri ini.

Wednesday, November 4, 2009

Apakah Maksud K-S-P Di Dalam Perniagaan Internet Anda?

oleh Zamri Nanyan

Kebanyakan daripada usahawan yang baru menceburi bisnes internet ini mempunyai masalah untuk menghasilkan jualan.

Apabila laman web dibina dan promosi dilakukan, tiada jualan dapat dihasilkan walaupun anda tahu bahawa produk yang anda promosikan adalah hebat dan diperlukan oleh orang ramai.

Ini terbukti kerana kadang-kadang anda juga mempromosikan produk yang sama dengan orang lain tetapi mereka mendapat komisyen jualan yang tinggi. Anda sebaliknya tidak mendapat apa-apa.

Jika anda hendak tahu apakah rahsia di sebalik penghasilan jualan yang tinggi di internet, inilah beberapa kunci utamanya.

K-S-P

Saya terangkan kepada anda singkatan K-S-P yang saya maksudkan.

K = Kenal

S = Suka

P = Percaya

Saya pasti sekiranya anda dapat menguasai ketiga-tiga kunci ini, anda mampu menukarkan jualan sifar anda kepada jualan mega.

Baiklah, mari kita lihat apakah yang dimaksudkan oleh ketiga-tiga kunci ini.

* Kenal

Pada mula anda mempromosikan sebarang produk atau servis, prospek yang melawati laman web anda akan mula bertanya kepada diri mereka sendiri. “Siapa yang menjual produk ini? Saya tak kenal pun beliau.”

Pada tahap ini, mereka akan mula mencari-cari jawapan kepada soalan “siapakah anda” untuk mengenali anda terlebih dahulu. Perkara ini penting kerana di internet, terlalu banyak penipuan dilakukan sehingga ada yang rugi ribuan ringgit.

Cara mudah untuk orang mengenali anda di internet ialah dengan mempunyai laman web profesional sendiri dan memperkenalkan diri anda seperti siapa nama anda, apakah bisnes yang anda jalankan dan jika anda ada gambar pejabat dan gambar anda sendiri, tidak salah untuk anda letakkannya di internet supaya prospek anda dapat membayangkan rupa anda dan juga bisnes yang anda jalankan.

Di atas sebab ini jugalah anda perlu mempunyai laman web profesional anda, dengan nama domain anda sendiri, dan bukannya laman web percuma daripada geocities.com atau tripod.com.

Mendapatkan sebuah nama domain dan laman web yang profesional adalah murah dan sangat mudah, sehingga saya sendiri pun tidak faham kenapa masih ramai lagi “usahawan” internet yang tidak mahu mendapatkannya (tetapi pada masa yang sama mereka mahu tampil profesional).

Dengan modal USD$10 (atau lebih kurang RM35), anda sudahpun boleh mendapatkan nama domain anda sendiri dan web-host untuk menempatkan laman web anda, dan seterusnya bina laman web profesional anda semestinya.

Ini laman web USD$10 yang saya maksudkan:
http://www.website.ws/shafrizal87

Daftar dengan nama domain yang mempunyai nama anda sendiri seperti greatinternetbusiness.ws pun sudah memadai untuk memulakan langkah prospek mengenali anda.

* Suka

Perkara seterusnya ialah cari cara bagaimana prospek anda boleh suka dengan anda dan juga perniagaan anda.

Dari sinilah pentingnya anda pandai membawa diri anda di internet. Sebagai contoh, anda boleh menyertai forum perbincangan online dan beramah mesra dengan ahli forum yang lain. Jangan sekali-kali bermusuhan dengan orang lain di internet semata-mata pandangan anda berbeza daripada pandangan mereka.

Komunikasi yang baik melalui email atau laman sosial yang lain (seperti Facebook, Friendster dan sebagainya) juga menambah markah yang baik untuk meningkatkan tahap orang menyukai anda.

Salah satu lagi cara mudah yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan perisian yang dipanggil autoresponder untuk mendapatkan senarai nama dan email rakan-rakan internet anda.

Autoresponder ialah perisian email di mana anda boleh simpan nama dan email pelawat yang mengisi borang langganan di laman web anda ke dalam pangkalan data (database) yang disimpan di webserver. Seterusnya, anda boleh gunakan autoresponder untuk menghantar kepada semua email ini sekali gus sama ada pada masa yang anda tetapkan ataupun pada masa sekarang.

Anda tak perlu tahu terlalu mendalam bagaimana untuk memasang perisian ini kerana cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan autoresponder ialah dengan melanggan servis seperti yang ditawarkan oleh Aweber atau GetResponse.

Aweber - http://bisnesdigital.com/aweber

GetResponse - http://bisnesdigital.com/getresponse

Gunakan autoresponder untuk mengumpul senarai email rakan-rakan internet anda. Pada masa yang sama, selalulah berhubung dengan mereka melalui email dengan memberikan tip-tip mengenai produk atau bisnes anda ataupun sekadar untuk memberitahu perkembangan terbaru mengenai apa yang anda lakukan pada masa sekarang.

Dalam ertikata lain, anda mahu rakan-rakan internet anda ini kenal dan suka kepada anda.

Dan apabila orang sudah mengenali anda dan menyukai anda, barulah mereka akan sampai ke tahap seterusnya.

* Percaya

Di tahap inilah anda akan mula nampak hasil daripada usaha anda sebelum ini. Apabila anda menjual produk atau servis kepada “rakan-rakan” internet anda, ianya mudah untuk mereka membuat pembelian melalui anda.

Mereka sudahpun “Kenal, Suka dan Percaya” dengan apa yang anda tawarkan.

Bayangkan jika anda mempunyai 10,000 rakan di internet dan 2% daripada mereka membeli produk berharga RM50 yang anda tawarkan, ianya sudahpun memberi pulangan sebanyak RM10,000.

Ah, jangan kata ianya sesuatu yang mustahil kerana ianya telah pun dibuktikan keberkesanannya. Sebaliknya, anda halusi dahulu sebab kenapa anda tidak dapat hasil jualan yang memberansangkan.

Mungkin ianya disebabkan kekurangan K-S-P.

Walaubagaimanapun, anda boleh lihat di sini bahawa proses K-S-P yang saya maksudkan di sini mungkin akan mengambil masa yang lama untuk anda capai. Jadi, inilah juga satu lagi rahsia jualan yang tersembunyi.

Anda perlu lakukan proses K-S-P ini secara konsisten dan persisten. Semakin lama anda berasa di dalam proses K-S-P ini, semakin kukuh anda membina tapak K-S-P anda.

Di sini juga saya seru kepada anda yang ingin membina bisnes internet supaya tidak cuma “hangat-hangat tahi ayam”. Lakukannya secara berterusan walaupun hasilnya sekarang tidak seberapa. 5 atau 7 tahun akan datang, anda pasti akan terkejut dengan hasilnya dan saya berbesar hati untuk katakan “sama-sama” di atas ucapan “terima kasih” anda kerana artikel ini telah membuka minda anda tentang rahsia kejayaan jualan di internet.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.perniagaaninternet.ws/r/shafrizal87 untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Monday, November 2, 2009

FAQ 1 - Bagaimana Hendak Mendaftar Dengan GDI kalau Tiada Kad Kredit Ataupun Akaun Pay-Pal?


Tidak mempunya kad kredit ataupun akaun Pay-Pal bukanlah bererti anda terpaksa menguburkan niat anda untuk menjana pendapatan melalui GDI. Bak kata pepatah, mahu seribu jalan, tidak mahu seribu dalih. Itu cuma satu daripada berbagai-bagai batu penghalang anda untuk lebih berjaya.

Di sini saya akan tunjukkan bagaimana untuk mengaktifkan Visa debit card daripada Maybank untuk urusan transaksi di internet. Anda hanya perlu melakukannya dengan beberapa langkah mudah sahaja di Maybank2u.

1. Langkah pertama, buka akaun di bank Maybank yang berhampiran dan beritahu pegawai perkhidmatan pelanggan Maybank bahawa anda ingin memohon Kad Debit Maybankard Visa.

2. Sekiranya anda sudah mempunyai akaun di Maybank, anda boleh pergi ke Maybank yang berhampiran untuk memohon Kad Debit Maybankard Visa. Anda akan dicaj RM12.00 saja.

3. Kemudian, log masuk ke akaun MaybankU2 anda. Klik di sini.

Ini adalah layout MaybankU2 classic. Harap Maklum.


4. Klik pada bahagian "Maybankard Secure Online Shopping Registration".



5. Isikan maklumat yang diperlukan. Klik "submit".

Anda hendaklah memilih password ataupun kata laluan anda sendiri.


6. Anda boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan di 1300-88-6688 jika mempunyai sebarang pertanyaan.

Dengan langkah- langkah tersebut, anda boleh menyertai GDI sekarang. Klik di sini.


Semoga berjaya!
(Shafrizal)



Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.


3 - Ataupun e-mail saya di - hiji_ginta@hotmail.com untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua program hebat ini!

Friday, October 30, 2009

Analisis MLM Dari Segi Syariah


Dalam artikel ini, Ustaz Zaharudin telah melakukan analisis kritis berkenaan MLM dan memberikan pandangan beliau tentang pada hal-hal yang membuat bisnes MLM tidak memenuhi kehendak undan-undang syariah. Artikel ini dengan jelas sangat menarik dan telah mengundang perdebatan sebanyak 181 komen di ruang di blognya.

Ustaz Zaharuddin menyimpulkan 9 ciri-ciri dalam pandangannya, akan memenuhi kehendak minimum Syariah. Satu ciri yang dinyatakan seperti berulang, maka saya senaraikan 8 ciri-ciri tersebut.

1) Produk yang harus dibeli dengan tujuan untuk menggunakan produk, bukan hanya sebagai helah untuk memenuhi aturan Syariah.
2) Bukan dari produk emas atau perak.
3) Harus ada struktur komisen kewangan yang jelas dan mudah dipahami.
4) Komisen yang harus didasarkan pada nilai produk yang dijual, bukan pada jumlah rekrut yang dilakukan.
5) Tidak harus ada sasaran penjualan untuk memperolehi komisen.
6) Setiap upline harus berusaha mempromosikan aktiviti penjualan downline.nDengan itu tidak ada pendapatan tanpa “usaha”.
7) Skim perniagaan piramid adalah jelas haram.
8) Perencanaan bersama struktur pemasaran antara upline dan downline.

GDI memenuhi persyaratan, kecuali mungkin ada keraguan dilemparkan pada beberapa seperti perkara (6) dan (8).

Perkara (6) – Tidak ada pendapatan tanpa usaha
Janji penghasilan pendapatan pasif (pendapatan usaha dengan satu kali saja) adalah salah satu kelebihan MLM. Jika downline kita tumbuh seperti yang kita inginkan, mungkin ada waktu dimana kita mungkin tidak mengenali dan mengetahui siapa orang-orang di “upline“.

Saya melihat bahwa upline telah dibawa ke dalam jaringan oleh orang-orang yang kita ketahui dan kenali. Ia adalah cara kita bekerja, kami menganjurkan, menaja dan membimbing downline yang mengwujudkan downline baru kemudiannya. Mengatakan bahwa downline terbawah tiada kaitan dengan upline mungkin tidak benar.

Bandingkan aspek MLM ini dengan jenis pendapatan pasif. Katakanlah, dengan karya seorang penulis. Dia pernah menulis buku, ia akan diterbitkan dan mendapat royalti dari penjualan kepada orang-orang yang tidak ia pernah berhubung dan mengenali sama sekali.

Pada kenyataannya, saya berani mengatakan ramai orang gagal dalam MLM adalah kerana mereka tidak berusaha dan tidak berusaha untuk mencuba sesuatu yang dianggap semua orang sebagai mustahil!

Perkara (8) – Perencanaan bersama struktur pemasaran antara upline dan downline.
Kita semua tahu bahwa ini adalah tidak mungkin. Dalam banyak urusniaga, (bahkan perjanjian pinjaman perbankan Islam) adalah sering terjadi urusniaga “setuju atau tidak setuju”. Kesempatan untuk membeli produk dan untuk mendaftar sebagai pengedar datang dengan syarat-syarat tertentu. Kepada kami ini untuk menjelaskan perincian untuk kita sebelum bersetuju untuk menyertainya.

Tentu saja, ada orang hanya menyatakan beberapa serta menyembunyikan perincian dan langsung mendaftar seseorang. Kemudian downline menyedari bahawa ia telah mendaftar untuk sesuatu yang dia tidak inginkan. Hal ini terjadi banyak dalam kehidupan. Membeli kereta, membeli buku, memilih kontraktor, menandatangani perjanjian dan lain-lain.

Hati nurani kita harus membimbing kita dalam masalah ini. Kita dapat melihat pada cermin dan mengatakan bahawa kita telah menggabungkan semua fakta-fakta yang, sehingga pembeli dapat membuat sebuah keputusan berdasarkan maklumat yang diperolehinya. Jika kita lakukan, maka urusniaga telah dilakukan dalam semangat musyarakah.

Kesimpulan
Saya bukan seorang ahli dalam ekonomi Islam. Namun ketika mahu menulis artikel ini mengingatkan saya tentang sebuah Sunnah Nabi (saw) yang saya pernah baca. Saya tidak ingat keseluruhannya, tetapi prinsip-prinsip adalah sebagaimana tercantum di bawah ini. Nabi Muhamad (saw) telah bercakap dengan seseorang yang telah diutuskan ke luar memerintah di tempat yang jauh.

“Bagaimana Anda membuat keputusan?”
“Saya akan menggunakan Al-Quran sebagai sumber petunjuk”.
“Dan jika tidak ada didalam Al-Quran?”
“Kemudian saya akan menggunakan Sunnah sebagai sumber petunjuk”
“Dan jika tidak ada dalam Sunnah?”
“Kemudian saya akan menggunakan hati nurani saya dan saya membuat keputusan dengan pemikiran dikurniakan oleh Allah swt”

Ini adalah satu jawapan yang menggembirakan Nabi (saw).

Ini adalah sepertimana yang saya alami sekarang. Saya merasa yakin bahwa GDI memenuhi persyaratan Syariah dan rezeki yang dicari dan mendapatkan dari usaha ini adalah halal kepada saya, Insya’Allah.

Sementara itu, saya menyambut orang-orang yang tertarik untuk bergabung dalam perniagaan ini. Ada banyak peluang usaha yang menarik di Malaysia. Ada banyak cara untuk memperoleh penghasilan dengan separuh waktu, sehingga pendapatan ini melebihi pendapatan sepenuh waktu anda! Maka anda dapat membangun menghasilkan sumber pendapatan pasif.

Sekian saja pada kali ini. Salam hormat dari saya.

Dikarang oleh,
Mohd Shafrizal berdasarkan analisis Ustaz Zaharudin.

Rujukan -
- Undang-Undang Syariah Malaysia.
- Buku : Bisnes menurut Islam.
- Artikel berkenaan MLM dan hukum dari segi Syariah Islamiyyah.




Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.

Kuasa Pilihan Di Tangan Kita

Salam sejahtera semua,

Semua manusia di muka bumi ini diberi kuasa untuk memilih. Memilih untuk berjaya atau gagal. Jika diberi pilihan ramai yang memilih untuk berjaya. Saya amat pasti semua akan memilih untuk berjaya. Fitrah manusia tidak suka kepada kegagalan. Namun jika kita memilih untuk berjaya, adakah tindakan kita menjurus kepada kejayaan? Kita memilih untuk berjaya tetapi kita tidak bertindak untuk berjaya. Dan apabila kita gagal kita mula menyalahkan sistem yang digunakan tidak bagus dan sebagainya.

Jika ditanya kepada pengemis apakah prinsip kejayaan? Pasti jawapan yang diberikan adalah kena rajin berusaha dan seribu satu jawapan positif. Tetapi mengapa masih ramai yang menjadi pengemis?

Manusia berharap terlalu tinggi dan berusaha terlalu sedikit. Hanya mencuba sekali dan gagal, terus putus asa dan berkata ianya tidak boleh dilakukan. Gunakan pilihan yang telah diberikan kepada kita. Hendak seribu daya, mahu seribu cara.

Cuba amalkan konsep Why and How. Kita kena besarkan WHY atau KENAPA. Kenapa aku perlu lakukan bisnes ini, Kenapa aku perlu berjaya, Kenapa aku perlu capai matlamat dalam hidup. Insya Allah apabila kita dah tahu persoalan KENAPA, BAGAIMANA atau HOW akan jadi mudah. Kita akan mula mencari jalan BAGAIMANA aku nak jalankan bisnes ini, Bagaimana untuk membuat strategi bisnes ini dan sebagainya.

3 suis utama yang perlu di'on'kan dalam diri untuk berjaya:

1) Impian/ Matlamat
2) Kuasa Pilihan
3) Power of Why and How

Jika anda dapat hidupkan suis ini dalam diri, Insya Allah pasti akan berjaya.

Sedikit perkongsian dari saya yang masih perlu banyak belajar. Diharap anda dapat sedikit manfaat dari post ini.

Salam kejayaan dari saya.


Dipetik dari Laman Web Komuniti GDI Malaysia.
Karangan Azizi Mohamad


Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.

Thursday, October 29, 2009

Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Internet

Coretan Diari Sifu Zamri Nanyan untuk tatapan pembaca sekalian.

oleh Zamri Nanyan
http://PerniagaanInternet.ws/r/shafrizal87

3 Ogos 2009 merupakan hari terakhir saya bekerja di dalam sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang. Pendapatan 6 angka setahun di dalam syarikat tersebut saya tinggalkan untuk melakukan sesuatu yang saya ingin kecapi di dalam hidup ini. Tarikh tersebut juga menamatkan servis saya selama 12 tahun lebih di dalam syarikat “Research & Development” tersebut.

Mengambil keputusan untuk berhenti kerja bukannya mudah.

Saya bukannya seorang bujang. Dengan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada 2 orang anak yang masih di bangku sekolah dan seorang lagi tak sampai 2 tahun umurnya, saya pasti ada rintangannya.

Walaubagaimanapun, saya sudah buat keputusan nekad saya sendiri.

Saya inginkan sebuah perniagaan internet yang akan memberikan saya kepuasan dan kebebasan untuk melakukan apa yang saya kehendaki.

Saya mahukan masa saya banyak dihabiskan bersama-sama dengan keluarga dan melihat sendiri anak saya membesar di depan mata.

Namun, di sinilah datangnya cabaran dan disiplin.Disebabkan anak-anak saya yang masih lagi kecil, mereka memerlukan perhatian yang rapi. Si Imran bukanlah macam kakak dan abangnya. Beliau aktif sehingga boleh menaikkan rasa marah. Apa yang dilarang, itu yang dia nak.

Tapi itulah yang dinamakan kanak-kanak. Kena banyak bersabar.Dan sebabnya yang ingin saya nyatakan di sini ialah, walaupun saya sekarang bebas untuk melakukan perkara yang saya suka, saya masih lagi melakukannya pada masa rutin harian yang saya lakukan sebelum berhenti kerja - iaitu menjalankan majoriti daripada perniagaan internet saya pada waktu malam apabila si anak kecil sudah masuk tidur (mungkin pada masa akan datang, ianya akan berubah)

Jadi, adakah ini dikatakan menjalankan perniagaan internet sepenuh masa? :)

Atau menjalankan perniagaan internet separuh masa itu sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa?

Tak tahulah apa jawapan anda.

Tetapi, definisi saya ialah jika anda tetapkan bahawa anda akan lakukan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari dan lakukannya secara konsisten, anda sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet anda secara sepenuh masa, tak kira anda masih bekerja dengan orang lain ataupun tidak.

Dan jika anda berhenti kerja dengan orang lain, dan masih menjalankan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari, tidakkah ianya juga bermaksud perkara yang sama.

Itulah sebabnya juga terlalu ramai yang beranggapan saya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak bertahun lamanya, bila saya masih lagi bekerja di syarikat swasta. Sebabnya ialah saya konsisten dengan usaha saya.

Memang saya tidak pernah nyatakan bahawa saya melakukan perniagaan internet secara separuh masa sebelum ini, kerana bagi pendapat saya, jika saya nyatakan sebegitu, ianya cuma akan memberi impresi kepada diri saya bahawa saya melakukan perniagaan internet ini separuh hati sahaja.

Dan itulah juga salah satu sebabnya kenapa rakan sekerja saya sebelum ini pernah berkata bahawa saya menjalankan perniagaan internet secara sepenuh masa, dan bekerja separuh masa - kerana pendapatan yang saya perolehi ada kalanya melebihi beberapa bulan gaji saya di syarikat tersebut.

Jadi, secara ringkasnya di sini, jika anda juga ingin membina perniagaan internet anda untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama anda nanti, lakukannya sepenuh hati, konsisten dengan apa yang anda usahakan dan tanamkan kepercayaan yang suatu hari nanti, anda juga dapat membina perniagaan internet dengan masa dan tempat yang anda tetapkan sendiri.


Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/shafrizal87 untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Tuesday, October 27, 2009

Tiada Salahnya Kerja “9-To-5″ Atau “Lebih Sikit Daripada Pokai”

oleh Zamri Nanyan


Apabila saya nampak usahawan internet yang melakukan bisnes internet mereka secara sepenuh masa mempersendakan orang yang masih bekerja, saya rasa amat marah sekali.

Komen seperti J-O-B (Kerja) diumpamakan seperti “Just Over Broke” (Lebih Sikit Daripada Pokai) atau “Rat Race” (Larian Tikus Dalam Gelung yang tak pernah selesai) membuatkan saya tersinggung. Semasa saya bekerja dahulu dan juga membina bisnes internet pada masa yang sama, saya telahpun didedahkan dengan ayat-ayat seperti ini untuk mempengaruhi saya untuk berhenti bekerja dengan orang lain.

Pada saya, bukan semua kerja dengan orang itu sesuatu yang buruk. Sebagai contoh, guru, doktor, posmen, pemandu bas, penebar roti canai, penoreh getah dan sebagainya mempunyai peranan mereka sendiri. Kalau tiada mereka yang masih mempunyai “Just Over Broke”, anda mungkin tidak dapat menikmati roti canai yang sedap. Anda mungkin akan mati kerana tidak diberikan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit anda. Kereta mewah yang anda pandu mungkin tidak akan gunakan tayar getah yang berkualiti. Anak anda mungkin tidak akan menjadi insan yang handal pada suatu masa nanti disebabkan tiada guru yang berminat untuk mengajar.

Anda boleh lihat di sini bahawa inilah pengorbanan mereka kepada sosial. Inilah kontribusi mereka kepada perkembangan ekonomi. Inilah juga sumber pendapatan internet anda sekiranya produk yang anda jual dibeli oleh mereka.

Sesetengah orang memang tidak mempunyai kemahiran untuk menjadi usahawan dan tidak pun berminat untuk menjadi usahawan. Disebabkan faktor tertentu, mungkin mereka lebih sesuai untuk menjadi pekerja seumur hidup mereka.

Tugas saya dan anda sebagai usahawan internet ialah memberikan peluang bahawa dengan mempunyai pekerjaan tetap, mereka masih lagi mampu membina saluran pendapatan tambahan selain daripada gaji bulanan. Memang pendapatan di internet boleh dijana secara separuh masa. Saya katakannya begitu kerana saya juga pernah membina bisnes internet semasa masih mempunyai pekerjaan tetap selama 7 tahun. Walaubagaimanapun, sekiranya mereka tidak nampak peluang yang disediakan di hadapan mereka, tiada apa yang boleh dilakukan lagi selain daripada berharap yang suatu hari nanti minda mereka akan terbuka.

Jika anda masih lagi mempunyai pekerjaan, mempunyai cita-cita untuk membina bisnes secara sepenuh masa sekarang, jangan tunggu lama-lama. Mulakan langkah anda dan bina bisnes anda secara separuh masa.

Kelebihan membina bisnes internet atau bisnes konvensional semasa anda mempunyai pekerjaan ialah anda mempunyai peluang untuk membina “keuntungan” di samping mempunyai “gaji” tetap. Gaji anda boleh menampung segala keperluan pembinaan bisnes anda tanpa anda perlu berasa risau untuk mendapatkan modal pusingan dari bisnes anda sendiri. Tidakkah ini sesuatu kelebihan yang anda perolehi berbanding mereka yang terus terjun ke bidang perniagaan tanpa mempunyai plan jangka masa panjang?

Simpan modal bulanan untuk anda membina bisnes anda setiap kali anda dapat gaji. Jika 10% gaji anda adalah sesuatu yang anda mampu, anggaplah 10% pelaburan tersebut akan digunakan untuk anda belajar membina bisnes, membeli peralatan bisnes dan seterusnya memperkembangkan bisnes anda. Bila keuntungan anda bertambah, anda akan terkejut yang suatu hari nanti, anda sudah tidak perlukan lagi modal simpanan 10% gaji anda tersebut kerana keuntungan anda sudahpun melebihi 100% gaji yang anda perolehi.

Jadi, jangan berasa kecewa jika anda tidak dapat membina bisnes internet sepenuh masa lagi. Sebaliknya, bersyukur kerana pekerjaan anda mampu memberi anda peluang untuk berjinak-jinak dengan bisnes kegemaran anda.


Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/shafrizal87 untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Apa Maksud Skim Cepat Kaya Internet?

oleh Zamri Nanyan


“Skim Cepat Kaya” mengikut apa yang diterangkan di dalam Kamus Dewan edisi keempat ialah “skim pelaburan yang kononnya boleh memberikan pulangan (keuntungan) yang segera dan sangat lumayan”.

Skim bermaksud rancangan.

Pelaburan pula ialah menempatkan (wang) untuk satu kegunaan, seperti membeli saham di dalam syarikat, untuk menghasilkan keuntungan.

Definasi yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pula ialah:

“Apakah Skim Cepat Kaya?

Satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan pada masa yang sama menjanjikan pelaburan tersebut adalah mudah dan bebas daripada sebarang risiko.”

Dipetik dari http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=104&pg=457&ac=551&lang=bm

Di samping itu, BNM juga memberikan garis panduan untuk mengenali sebuah skim cepat kaya di mana pelbagai soalan dan jawapan sudahpun dipaparkan di laman web di atas.

Namun, masih ramai yang keliru dengan maksud skim cepat kaya itu sendiri. Maka, tak hairanlah mereka yang ingin menyertai sebarang program yang jauh sekali bukan skim cepat kaya pun takut untuk menyertainya. Yang sudah menyertai skim cepat kaya pula tak sedar yang mereka berada dalam sistem yang menyalahi undang-undang.

Selepas saya hasilkan artikel ini, saya pasti masih ada yang tidak akan bersetuju dengan beberapa pendapat saya dan menganggap saya memanipulasikan ayat untuk kepentingan program yang saya promosikan. Golongan ini tidak akan bersetuju langsung dengan sebarang pendapat saya ataupun pendapat pakar di luar sana. Bagi mereka – mereka sahaja yang betul.

Terma skim cepat kaya ini lebih mudah dilabelkan kepada program internet, lebih-lebih lagi jika program tersebut ialah sebuah program berbilang tingkat. Ironinya, program berbilang tingkat ini pula didefinasikan sebagai program yang mempunyai 3 tingkat ke atas. Jika ianya sebuah program affiliate yang dua tingkat, ianya bukan program berbilang tingkat. Pelik, bukan?

Kebanyakan orang tidak menghalusi sendiri maksud “Skim Cepat Kaya” dan terus melatah selepas melihat sebuah program yang mempunyai sistem berbilang tingkat (atau program MLM). Saya tidak salahkan anda jika anda salah seorang daripadanya. Mungkin minda anda belum lagi terbuka kepada program berbilang tingkat yang telah disarankan oleh ramai usahawan, jutawan terbilang seperti Robert Kiyosaki dan Donald Trump. Mungkin anda tersilap ambil nasihat daripada orang yang tidak sewajarnya anda turuti.

Sebagai contoh, jika diambil dalam konteks perniagaan internet, jika seseorang menerbitkan sebuah ebook dan menjana RM100,000 dalam masa 3 hari hasil jualan ebook tersebut, ini bermaksud “pulangan (keuntungan) yang segera dan sangat lumayan”. Adakah ini sebuah skim cepat kaya?

Jika anda menggunakan servis daripada eTrade atau Ameritrade untuk melabur di dalam saham Nasdaq dan Dow Jones, dan anda jumpa cara mudah untuk menjana pendapatan ribuan ringgit setiap hari, adakah servis ini boleh dikategorikan sebagai skim cepat kaya kerana adanya perkataan “pelaburan” dan “keuntungan segera” di dalam bisnes jual-beli saham melalui internet ini?

Bagi saya, sekiranya anda mengeluarkan wang ke dalam syarikat yang tidak memberikan sebarang servis atau produk, atau produk yang ditawarkan adalah meragukan dan tak masuk akal, kemudian anda dijanjikan dengan pulangan lumayan yang anda sendiri tidak tahu dari mana komisyen itu dikeluarkan, maka itulah definasi skim cepat kaya bagi saya.

Jika anda mengeluarkan wang untuk mendapatkan servis (perkhidmatan) atau produk daripada sesebuah syarikat, dan anda mendapat komisyen jika anda memperkenalkan servis ini kepada orang lain yang akhirnya menjadi pelanggan baru di dalam syarikat tersebut, itu bukanlah sebuah skim cepat kaya.

Sudah tentulah servis dan produk yang saya maksudkan di sini ialah servis atau produk yang masuk akal; bukannya produk seperti makanan angkasawan atau air sejuk biasa yang dijual pada harga secawan teh tarik di hotel 5 bintang.

Anda sertai syarikat tersebut kerana anda boleh gunakan servis atau produk mereka. Komisyen hasil mendapatkan pelanggan pula adalah pendapatan anda. Begitu juga komisyen daripada kumpulan ahli pemasaran yang anda bimbing dan bantu.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/shafrizal87 untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang.
================================================

Saturday, October 24, 2009

Plan Pemasaran GDI

Sekarang kita akan sentuh mengenai Plan Pemasaran GDI. Untuk pengetahuan para pembaca semua, modal untuk memulakan bisnes GDI ni ialah USD10 atau RM 36 (ikut currency semasa). Saya kira ini murah sahaja. Tapi potensi income GDI ni, sangat-sangat tinggi..


Okey, kita jangan sentuh mengenai potensi lagi. Saya nak beri pembaca faham dulu pasal modal permulaan ni. RM36 ini dibayar untuk setiap bulan. Sepertimana anda perlu membayarnya pada setiap bulan, income yang anda dapat pun, tiap2 bulan juga.

Jadi, jangan merungut mengenai tiap-tiap bulan anda kena bayar sebab GDI bagi income setiap bulan. RM 36 sahaja. Jumlah yang banyak ni, yang kita sendiri tak pasti ke manakah menghilangnya begitu saja, baik kita jadikan sebagai modal untuk bisnes ni.

Sekarang, setelah anda membayar RM 36 dan menyertai GDI, so tiba masanya untuk anda mengembangkan sayap network anda. Kalau ada orang nak beli domain, anda boleh syorkan beli dengan GDI dan jana pendapatan sekali dengan GDI. Taupun, beritahu kesemua prospek yang mereka juga boleh menjana pendapatan dengan menyertai GDI.

Anda juga akan memperolehi domain dan affiliate link anda sendiri selepas anda menyertai GDI. Link inilah yang akan membawa pospek anda menyertai GDI dengan hanya klik dan sertai GDI di baah anda. Anda juga boleh meletakkan laman web anda sendiri di domain yang disediakan, ataupun mengambil template-template laman web yang telah tersedia untuk dijadikan laman web anda. Link affiliate saya adalah http://website.ws/shafrizal87 , dan saya tidak berkesempatan untuk mereka laman web sendiri. Insya-Allah, dalam beberapa minggu lagi saya akan cuba mereka cipta laman web saya sendiri untuk pasaran Malaysia dan luar negara.

Baiklah, sekarang kita akan berbincang mengenai komisyen.

Bagi setiap orang yang anda taja atau setiap orang yang mendaftar melalui link affiliate anda atau setiap orang yang berada bawah network anda, anda akan mendapat USD1 atau RM 3.60 atau 10% komisyen.

Komisyen akan diberi sehingga 5 level. 1 Level = 10%. So, 5 Level = 50% seperti jadual di bawah :

komisyenlevel GDI

GDI tidak mengehadkan anda untuk bina berapa downline yang anada mahu. Inilah yang kami panggil, kebebasan kewangan dan bisnes terulung. Tapi, untuk memudahkan anda faham, sebagai contoh network anda mempunyai 5 orang downline level 1, jadi :-

  • untuk Level 1, anda akan dapat USD5 (RM 18)
  • untuk Level 2, anda akan dapat USD25 (RM 90)
  • untuk Level 3, korang akan dapat USD125 (RM 450)
  • untuk Level 4, anda akan dapat USD625 (RM 2,250)
  • untuk Level 5, korang akan dapat USD3,125 (RM 11,250)

JUMLAH = USD3, 905 = RM 14, 058.

Income akan diberikan setiap bulan, jadi sekiranya anda boleh mengekalkan taktik penjualan anda seperti ini, maka itulah jumlah yang anda akan perolehi setiap bulan. Hebat, bukan?

Kalau hendak lebih faham, sila lihat illustrasi di bawah :


Plan Pemasaran GDI 2


Kalau rancangan anda hendak kembangkan network anda dari 3 orang sahaja, apabila sampai 5 level, income anda setiap bulan akan memberi hasil sebanyak ni :


income3x3

Itu apabila anda mendapatkan 3 orang sebagai asas downline anda, kemudian ajar downline anda untuk dapatkan 3 orang bagi setiap peserta. Bila dah setiap peserta cari 3 orang, dalam sekelip mata sahaja network anda berkembang and anda akan memperolehi pendapatan berjumlah USD363 atau RM 1, 306.80 sebulan.

Cuba anda fikirkan jikalau anda memperolehi 5 orang sebagai asa downline elvel 1 anda dan ajar downline anda buat perkara yang sama, potensi pendapatan anda sebulan adalah USD3, 905 atau RM 14, 058! Downline anda pun sama juga jikalau mereka mengaplikasikan prinsip yang anda gunakan. Jadi dalam perniagaan ini, kita sama-sama yang untung.

income5x5


Lagi satu tips dari saya, Jikalau anda hendak strategi pemasaran anda menjadi lagi kukuh dan mantap, saya betul-betul cadangkan agar anda sertai Program Pemasaran Auto Viral Zamri Nanyan. Jangan risau mengenai harga, ianya semua percuma dan ditanggung beres. Saya tidak tipu, dan hasilnya... dalam masa tiga hari sahaja saya boleh dapat satu downline. Bagaimana? Kalau student yang tidak berduit dan berpengalaman seperti saya pun boleh dapat dalam masa tiga hari, mengapaanda tidak boleh? Anda cuma perlu sertai saja Program Pemasaran Auto Viral Zamri Nanyan, dan selebihnya, anda cuma promote-kan saja link affiliate yang Bro Zamri Nanyan akan beri pada anda.

Jadi, step 1 - Daftar GDI bersama saya di SINI.

Dan step 2 - Daftar Program Pemasaran Auto Viral dengan klik di SINI.

Saya dah beri jalan untuk korang ke puncak kejayaan, Insya-Allah. Yang selebihnya terletak pada usaha anda semua. Ingat, usaha itu tangga kejayaan! Saya di sini cuma boleh bagi tips-tips, nasihat dan panduan, beserta e-book yang membantu saya dalam usaha saya.

Jadi, apa tunggu lagi?

Friday, October 23, 2009

Satu Keajaiban Luar Biasa

Salam hormat para pembaca semua,

Tak sampai seminggu Zamri Nanyan melancarkan Sistem Pemasaran AutoViral PerniagaanInternet, sesuatu yang luar biasa telah berlaku.

Beliau telah berada di tangga teratas senarai penaja yang terbanyak di dalam minggu ini, dan masih mengekalkan kedudukan tersebut semasa post ini ditulis.

Wow!



Ini sesuatu yang tidak saya sangkakan.

Ini juga bermakna yang sistem yang beliau cipta ini berkesan.

Namun, persoalannya ialah… adakah anda telah mengambil kesempatan ini?

Jika belum, sertai saya sekarang.

http://www.perniagaaninternet.ws/r/shafrizal87

Ianya kritikal kerana beliau juga akan terus memulakan “team co-op” untuk mengembangkan lagi bisnes yang beliau sarankan ini.

Maksudnya?

Zamri Nanyan akan bantu anda menjana trafik ke laman web affiliate “Sistem AutoViral” dan secara langsung akan membina bisnes anda.

Tetapi perlu saya beritahu di sini.

Tawaran “team co-op” ini akan ditutup tidak lama lagi. Jadi, inilah masanya untuk anda ambil tindakan.

Sekali lagi…

Tonton video di laman web di bawah dan saya pasti anda akan teruja dan sertai saya apabila melihat sendiri hasil sistem ini dalam masa 5 hari.

http://www.perniagaaninternet.ws/r/shafrizal87

Diharapkan saya akan dapat terus membantu anda melalui sistem ini.


Terima kasih.