Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di sini saya ingin mengucapkan selamat hari raya Aidiladha kepada para pembaca yang beragama Islam. Semoga kehadiran hari yang bererti ini boleh mendatangkan satu semangat yang hebat kepada para pembaca supaya lebih bersedia untuk berkorban demi masa depan anda.

Jika dilihat dari persepktif Islam sendiri, pengorbanan itu adalah satu kemestian untuk memajukan diri anda ke hadapan. Dalam sirah Nabi S.A.W, baginda sendiri telah berkorban harta dan segala-galanya untuk memastikan sinar Islam itu tersebar luas, bukan saja ke pelusuk Jazirah Arab, malah ke seluruh dunia. Nabi S.A.W tetap cekal walaupun dihentam, dikutuk, dicaci, dimaki, dan hampir dibunuh. Begitu juga pemerintah Islam sejak khulafa' Ar-Rasyidin sehinggalah kejatuhan Khilafah Islamiyah Uthmaniyah (Devlet-i Usmanli Imparatorlugu) pada 1920-an. Mereka tetap cekal dan sanggup berkorban diri untuk mempertahankan sinar Islam.

Begitu juga dengan peniaga dan jutawan Islam sendiri seperti jutawan Melayu Malaysia seperti Syed Al-bukhari dan lain-lain lagi. Beliau sanggup berkorban masa dan keringat sehingga boleh menjadi antara jutawan yang disegani pada hari ini. Berbekalkan semangat untuk menjadi seperti beliau, saya menanamkan semangat berani untuk berkorban dan menghadapi risiko dan saya berharap anda pun turut sama... bagi menambahkan lagi bilangan umat Islam kaya di Malaysia dan seterusnya membantu golongan yang memerlukan, Insya-Allah.

Di sini, blog ini akan terus menyajikan artikel dan entri yang berguna bagi bakal-bakal jutawan GDI yang insya-Allah, akan menyinar di dunia perniagaan internet dan juga bagi penggemar dan warga yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perniagaan internet dan GDI. kejayaan anda itu merupakan satu perkara manis buat saya dan seterusnya akan menyemarakkan semangat saya supaya untuk terus berusaha untu berjaya seperti anda.

Akhri kata, Selamat Hari Raya Aidiladha daripada saya dan maaf zahir dan batin. Saya akan mendoakan supaya anda berjaya di masa hadapan, insya-Allah.

(Shafrizal)

___________

Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.

3 - Ataupun e-mail saya di - hiji_ginta@hotmail.com untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua program hebat ini!

Tuesday, November 24, 2009

Video Webinar Untuk Anda~

Salam Sejahtera.

Sila lihat klik dan liat video webinar GDI di bawah ini secara detail. Domain yang ditawarkan tidak terhad untuk anda membuat pemasaran saja. Anda boleh jua membuat website mengikut kreativiti dan apa yang anda mahu sebelum anda upload-kan website anda ke domain yang disediakan GDI. Hebat, bukan?

http://gdiwebinars.ws/shafrizal87

Terima Kasih dan salam kejayaan.

(Shafrizal Azmi)

Pengumuman

Dalam kesibukan saya menghasilkan e-book pertama saya, saya telah pun menghasilkan laporan khas GDI Untuk Anda. untuk mendapatkan laporan itu, sila key-in nama dan e-mail anda bagi memudahkan saya untuk memberikan laporan khas itu kepada anda.

Anda boleh men-download laporan khas itu dalam e-mel yang akan saya kirimkan kepada anda. Semoga ia akan membuka mata anda mengenai bisnes GDI yang lumayan ini dan seterusnya melonjakkan anda ke arah kebebasan kewangan yang mutlak.

Peringatan - download cara biasa saja, jangan pakai Download manager, okey?

(Shafrizal)

Monday, November 23, 2009

Projek terbaru.

Salam sejahtera pembaca semua,

Minta maaf kerana saya boleh dikatakan menyepikan diri buat sementara waktu dari blog ini. Kesian blog ini, heheh. Jangan risau, kerana saya akan terus update-kan blog ini dari masa ke semasa. Cuma saya sedang sibuk dengan projek E-Book terbaru saya. Tajuk..? Rahsia dahulu. Nanti saya akan umumkan di blog saya dan semua laman web komuniti dan akaun social networking saya.

Saya akan buat promosi besar-besaran untuk E-book ini dan harga? Heheh, saya bagi e-book ini free saja, walaupun saya akan cuba memuatkan segala pengetahuan dan pengalaman saya dalam perniagaan internet ini. Saya akan lihat bagaimana sambutan pelanggan terhadap e-book pertama saya ini dahulu.. aduh, mulalah sang Syaitan itu berbisik kepada saya, "tak payah la buat, nanti rugi karang... semua pun rugi.".

Ah, pedulikan. Saya tidak kira. Kalau saya nak buat, saya akan buat Insya-Allah. Itu prinsip saya. :D

Jadi, berilah saya masa maksimum dua minggu ini untuk menyiapkan e-book ini dan Insya-Allah kalau sudah siap nanti, saya akan beritahu semuanya kepada anda semua!

(Shafrizal)

Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.

3 - Ataupun e-mail saya di - hiji_ginta@hotmail.com untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua program hebat ini!

Friday, November 20, 2009

Mari Berkongsi - E-book Percuma Lagi

Salam sejahtera semua,

Hari ini saya akan berikan satu e-book mengenai panduan mendaftar pay-paluntuk memudahkan anda berurusan di internet secara automatik dan berkesan.

http://www.filehosting.org/file/details/75214/Panduan_Daftar_Paypal.rar


Kenapa saya berikan e-book ini? Sebenarnya saya ingin meraikan kedatangan seorang ahli baru dalam jaringan kumpulan GDI saya, iaitu Cik Marlina Mahat. Sebaik sahaja beliau menyertai saya, saya terus sahaja memberikan personal coaching dan nasihat, beserta e-book e-book free yang saya dapati di internet. Saya dapat rasakan yang beliau adalah seorang yang rajin, malah lebih rajin daripada saya sendiri, Alhamdulillah. Mudah-mudahan usaha beliau diberkati Allah dan diberikan kejayaan, Insya-Allah.

Anda bila lagi?


(Shafrizal)

___________________________


Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.

3 - Ataupun e-mail saya di - hiji_ginta@hotmail.com untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua program hebat ini!

Monday, November 16, 2009

Edisi Khas - Strategi Perniagaan Dan GDI

Ini adalah edisi khas entri saya pada kali ini. Sebelum ini saya telah membincangkan tentang etika dan strategi perniagaan dan sekarang saya akan kaitkannya dengan perniagaan yang telah memberikan banyak manfaat dan keuntungan kepada saya, iaitu syarikat Global Domain International dan strategi ampuh milik Program Perniagaan Auto-Viral Zamri Nanyan.

Bukan maksud saya untuk membangga diri ataupun takbur, kerana ini adalah rezeki saya semata-mata. Hari ini mungkin rezeki kita, tetapi hari esok hanya tuhan saja yang tau.

Saya telah menjalankan kajian selama berbulan-bulan untuk memastikan bisnes yang saya sertai ini betul-betul memberikan faedah dan pendapatan yang lumayan kepada saya. Bisnes yang dianggap scam semuanya saya tolak ke tepi. Ini adalah supaya semua usaha dan perancangan yang akan saya taburkan tidak sia-sia.

Jawapan yang saya dapat hanyalah satu, GDI.

Kenapa? Secara jujurnya saya akan jawab dalam entri pada kali ini. Sistem MLM yang dijalankan oleh GDI yang berpusat di Amerika Syarikat tidak berat sebelah, maksudnya ia tidak menguntungkan penaja di atas dan membuat orang di sebelah bawah merana. Walaupun komisyen yang ditawarkan hanyalah RM3.50 @ USD1 setiap seorang yang kita taja, kita masih boleh mendapat komisyen sehingga peringkat ke 5 (level 5).

Andai kata saya berjaya taja 5 orang dan 5 orang level 1 yang saya berjaya taja itu berjaya lagi 5 orang untuk setiap seorang... dan proses itu akan berlarutan sehingga ke level 5, saya akan memperolehi lebih USD3000 sebulan.

Strategi saya pada masa ini hanyalah mengumpul 5 orang saja, akan tetapi kalau lebih itu sudah dikira sangat bagus. Kenapa saya menaruh harapan yang tinggi terhadap GDI ini? Jawapannya banyak, tapi saya hanya letakkan satu sebab penting kenapa saya menaruh harapan yang tinggi terhadap bisnes ini.

GDI bukan seperti perniagaan MLM yang lain. Perniagaan MLM yang lain memerlukan anda mengekalkan prestasi anda seperti menaja 5 orang setiap bulan, dan jikalau sales dan jumlah oranga di bawah tajaan anda menurun, maka pendapatan anda pun turut sama ikut menurun. Itu adalah bisnes MLM yang lain. Akan tetapi GDI hanya memerlukan anda menaja seberapa ramai orang yang boleh mengikut cita-rasa dan strategi anda sendiri, dan selepas itu anda boleh berehat tanpa membuat jualan yang banyak ataupun menaja orang lain pada bulan seterusnya... dan anda masih boleh menjana pendapatan, bahkan lebih lumayan lagi. Ini kerana komisyen anda akan dikira selagi orang yang anda taja (sehingga ke Level 5) masih melanggan perkhidmatan domain GDI. Tidak membebankan dan memeningkan kepala, bukan? Itu adalah sebab utama mengapa saya memilih bisnes GDI berbanding bisnes lain, kerana kualiti dan kredibiliti mereka yang menarik hati saya.

Segala tips-tips, strategi dan etika perniagaan saya yang telah saya kongsikan bersama anda semua telah pun saya lakukan, dan Alhamdulillah, ia mendatangkan pulangan yangbaik kepada saya. Nampaknya benarlah seperti apa yang dikatakan oleh orang, rezeki cintakan usaha. Jika kita berusaha, maka Allah Taala akan memberikan kita rezeki sesuai dengan apa yang kita kerjakan. Walaupun begitu, saya amat berterima kasih kepada warga-warga GDI yang telah menolong saya, memberikan tips-tips kepada saya dan sanggup berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka kepada saya.

Motto perniagaan kami hanyalah satu, untuk memastikan semua warga GDI berjaya bersama-sama, tolong menolong antara satu sama lain dan mewujudkan ikatan ukhwah dan kesatuan antara warga-warga GDI melalui komunikasi dan etika 'give-and-take' yang baik.

Anda sudah nampak di mana kekuatan komuniti GDI kami, bukan? Yang berjaya menolong yang masih belum berjaya, supaya semuanya akan berjaya bersama-sama. Yang berpengalaman akan menolong yang baru menceburi bisnes ini dan tiada siapa akan ditinggalkan di belakang.

Ini bukan tipu semata-mata. Ini adalah hasil dari pemerhatian dan pengalaman saya sendiri ketika berguru dengan mereka semua. Daripada tidak tahu langsung mengenai internet dan blog, saya sudah pun ada blog sendiri dan kini berusaha ke arah mempunyai 'landing page' dan 'squeeze page' sendiri. Daripada tidak tahu langsung apa itu 'autoresponder', saya sekarang mempunyai sistem yang tersendiri. Daripada tidak tahu langsung akan surat jualan dan 'Newsletter', kini saya sibuk berguru dengan warga-warga GDI mengenai gaya pembuatan sura jualan yang mengancam... dan daripada tidak tahu langsung mengenai etika perniagaan dan asyik 'spamming' orang saja, saya kini telah mengetahui etika perniagaan internet secara profesional dan 'the do's and don'ts' mengenai perniagaan internet. Semuanya bermula di sini. Oleh itu, agak tidak keterlaluanlah apabila saya berani perkatakan bahawa bagi saya, bisnes internet dan gaya menjana pendapatan yang hebat sebenarnya bermula dari GDI. Anda akan memperolehi 2 elemen penting, iaitu pendapatan yang lumayan dan pengetahuan yang mendalam mengenai perniagaan internet yang sebenar.

Jadi, bagaimana pula dengan anda? Peluang menjana pendapatan yang lumayan dan pengetahuan yang mendalam mengenai bisnes internet sudah pun ditawarkan kepada anda. Jadi, kenapa masih mahu melengah-lengahkan masa lagi? Warga GDI yang lain sudah pun berjaya. Saya pun sedang berada di atas jalan menuju kejayaan hasil pertolongan dan tunjuk ajar daripada mereka, dan juga rezeki yang dikurniakan oleh Allah Taala. Anda bila lagi?

(shafrizal)


______________________

Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.

3 - Ataupun e-mail saya di - hiji_ginta@hotmail.com untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua program hebat ini!

Sunday, November 15, 2009

How To Make Money With Physical Products By Patrick Chan (11 - 12 November 2009)

Laporan Ringkas Oleh Mohd Shafrizal Yang Telah Menyertai Seminar "How To Make Money With Physical Products" Oleh Mr. Patrick Chan, 12 November 2009 di Melia Hotel, Kuala Lumpur.

(12 November 2009, Melia Hotel, Kuala Lumpur)

Seminar ini dikhaskan untuk golongan 'Newbie" ataupun golongan yang baru berkecimpung dalam bisnes internet ataupun yang menyimpan hasrat untuk menceburi bisne internet sama ada secara 'part-time' ataupun 'full-time'.

Dalam seminar ini , IM terkenal iaitu Patrick Chan telah mendedahkan serba-sedikit mengenai apa itu niche marketing, pemilihan sasaran pembeli, penerapan SEO dalam pembuatan laman web dan kesilapan yang sering dilakukan oleh golongan yang baru menceburi bidang bisnes internet.

Apakah yang dimaksudkan dengan niche marketing? Niche marketing adalah sebagai satu element ataupun subset kepada fokus sesuatu produk itu. Ia juga boleh dikatakan sebagai meletakkan fokus kepada ciri-ciri sesuatu produk itu dari segi karakteristik produk itu, sasaran pembeli, sejauh mana produk itu mampu memenuhi kehendak pasaran bagi sasaran yang ditetapkan, kualiti produk tersebut serta status dan 'demography' golongan sasaran.

Dalam hal ini, pengusaha ataupun pemasar seuatu produk mestilah menyasarkan golongan yang dijangka mampu memenuhi kehendak mereka sekiranya mereka memiliki produk tersebut.

Sebagai contoh, pemain bola sepak, khususnya yang baru bermain memerlukan bola sepak sendiri untuk berlatih. Jadi mereka memandang bola sepak dan buku cara-cara untuk bermain bola sepak sebagai elemen yang memenuhi kehendak mereka. Kata kunci niche bagi golongan ini adalah -

ball, soccer, book, newbies

Niche yang terbaik adalah niche yang memberi gambaran awal bagaimana produk itu akan memenuhi kehendak mereka, seterusnya menarik hati mereka untuk membeli produk itu. Jadi, dalam kes di atas, niche yang berkesan adalah -

Soccer ball for newbies, Soccer book for newbies, Book on how to play soccer well dan lain-lain lagi yang saya sendiri pun tidak mampu untuk fikirkannya. (andai kata saya salah, saya minta maaf. Saya pun baru saja dalam bidang ini~)

Niche produk juga boleh direka berdasarkan soalan 'Untuk Apa, Golongan Sasaran, Jenis' iaitu dalam bahasa Inggeris disebut "About, Who, Type". Sebagai contoh -

- Menjual buku mengenai __________ (mestilah spesifik dan jelas)
- Alatan memancing untuk __________ (golongan sasaran)
- Sarung tangan _________ (jenis)


Dalam penerapan SEO pula, Patrick Chan telah menyentuh mengenai kepentingan SEO (Search Engine Optimization) dalam meningkatkan kadar trafik ke laman web. Hanya dengan berbekalkan meta-tag optimization dan penyusunan struktur laman web itu sendiri, anda boleh lihat se-popular manakah laman web anda dan sebanyak mana pelawat masuk ke dalam laman web anda. Makin banyak pelawat yang melawat laman web anda, semakin banyak-lah peluang anda untuk melariskan jualan anda. SEO memainkan peranan penting kerana kita boleh lihat sendiri sejauh mana pelawat melawat laman web kita sendiri melalui graf kemasukan pelawat yang disediakan, sebagai contoh, graf pelawat dalam Google Analytics. LAman web yang ramai dimasuki pengunjung akan meningkat kedudukannya sehingga ke tempat teratas apabila kata kunci lawan web itu dimasukkan dalam kotak 'search' dalam enjin carian, sebagai contoh, Google.

Selain itu, Patrik Chan juga mendedahkan kesilapan golongan yang baru memasuki alam bisnes internet ynag secara tidak langsung berpunca daripada mentaliti golongan itu sendiri. Bak kata Patrick Chan, "Tiada jalan mudah untuk memperolehi pendapatan lumayan melalui internet melainkan anda berusaha dan belajar pada masa yang sama.". Daripada mentaliti yang salah iaitu "bisnes internet menjanjikan pendapatan lumayan dalam masa sekelip mata", maka lahirlah pemikiran malas, takut untuk mencuba benda yang baru, sikap sambil lewa, takutkan risiko, salah pilihan dan lain-lain lagi.

Beliau telah mencatatkan 6 kata kunci penting yang selalu dilakukan oleh IM baru yang menyebabkan mereka gagal.

1 - Gaya pemikiran yang salah
2 - Berfikir melebihi kemampuan diri
3 - Tiada strategi perniagaan
4 - Takutkan risiko dan peluang untuk mencuba benda yang baru
5 - Sikap sambil lewa dan berputus asa
6 - Bertindak tergesa-gesa

Secara kesimpulannya, saya katakan ini adalah antara seminar-seminar yang bagus untuk disertai kerana segala maklumat yang disampaikan adalah berkait rapat dengan perkara-perkara yang sering ditekankan oleh setiap usahawan berjaya. Dalam erti kata lain, strategi untuk melangkah ke arah kejayaan. Sekian saja untuk kali ini.

(Mohd Shafrizal)

p/s - minta maaf, saya baru saja kebah dari demam kerana saya buat kerja gila, meredah hujan selama 40 minit hanya untuk ke seminar tersebut. Nasib baik ada baju hujan. Kalau tak, memang basah lenjun. Dan keesokan harinya, saya terpaksa berangkat pulang ke Teluk Intan, iaitu ke rumah keluarga saya kerana cuti universiti telah pun bermula. Jadi segala kekurangan dalam entri kali ini, minta maaf dan halalkan ya. Kalau mahu lebih lagi, saya akan beri penerangan satu persatu dalam entri saya yang seterusnya. Kalau nak nota catatan saya pun boleh gak, saya akan scan dan letakkan dalam satu folder, dan saya akan postkan link di sini.


_________________________

Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.

3 - Ataupun e-mail saya di - hiji_ginta@hotmail.com untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua program hebat ini!

Wednesday, November 11, 2009

Melanun? Ataukah Anda Dilanun?

Salam sejahtera.

Kesemua artikel yang saya tulis adalah berdasarkan satu kata kunci, seperti biasa. Ini adalah untuk memudahkan pemahaman para pembaca dan memudahkan para pembaca mengingati dan mempraktikkan apa yang dipelajari di blog saya ini.

Jadi, kata kunci kita pada hari ini adalah 'Lanun' ataupun 'Piracy'. Ia juga bersamaan engan perkataan 'cetak rompak' ataupun 'copy-writing without permission'. Selalu juga saya lihat di blog-blog ataupun laman web yang lain, terdapat bukti-bukti sahih yang penulis blog ataupun laman web telah meniru 'sebijik' dan meletakkan di blog ataupun laman web mereka sendiri, tanpa meletakkan kreditasi sebagai penghargaan kepada penulis asal yang telah memeras otak dan menulis artikel mereka dengan bersusah-payah.

Ini juga adalah faktor mengapa satu-satu blog ataupun laman web itu tidak dikunjungi ramai walaupun menawarkan beribu-ribu barangan ataupun produk percuma mahupun berbayar yang terbukti berkesan dan efektif. Sekilas pandang saja, pembaca sudah pun tahu sama ada penulis itu benar-benar menulis artikel mereka ataupun mereka cuma meniru bulat-bulat dan meletakkan di blog ataupun laman web mereka tanpa kebenaran ataupun tidak meletakkan kreditasi sebagai penghargaan ke atas penulis asal artikel tersebut.

Ramai orang di Malaysia mengambil remeh hal ini, atas dasar "Alah, halal la. Bukan boleh bawak pegi kubur pun.". Pemikiran ini adalah salah, kerana ia akan menjadi tunjang kepada idea-idea buruk yang lebih extreme, seperti pencurian e-mailing list, adegan spamming, adegan memburuk-burukkan orang lain dan sebagainya. Puncanya hanya satu, etika melanun seperti ini.

Saya memuji dan menghormati sesiapa yang mempunyai etika yang tinggi dan berbudi. Sebagai contoh, terdapat ramai orang yang meminta kebenaran dari saya untuk mengambil artikel dari blog saya untuk dimasukkan ke dalam artikel mereka. Atas sebab-sebab ingin sama-sama berjaya dalam bisnes internet ini, saya memberikan persetujuan dan saya tidak minta pun untuk diletakkan nama saya atau apa-apa pun. Ini adalah sebab saya berfikir bahawa jikalau artikel saya boleh membantu mereka berjaya, jadi apa salahnya kita saling tolong-menolong, betul tak? Cuma, sekurang-kurangnya mintalah kebenaran dahulu, itu melambangkan ketinggian budi pekerti kita dan etika kita yang bagus untuk mencapai kejayaan dalam bisnes internet. Amanah dan jujur itu penting, bukan saja di dalam arena bisnes internet ini, malah dalam segala aspek kehidupan kita juga.

Akhir kata, bersama-samalah kita membina etika perniagaan yang bagus dan positif supaya kita akan lebih dihormati oleh orang ramai, dan bisnes kita bertambah maju. Sebelum saya menutup artikel ini, mari kita sama-sama layan lagu berkonsepkan lanun yang saya ambil dari Youtube ini. Saya minat lagu-lagu jenis ini sebenarnya.


Alestorm - Keelhauled (genre - Pirate Metal)


Selamat berjaya.

(Shafrizal)



Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.

3 - Ataupun e-mail saya di - hiji_ginta@hotmail.com untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua program hebat ini!

Monday, November 9, 2009

Mari Berkongsi! E-book Percuma.

Salam sejahtera,

Pada kali ini, saya ingin berkongsikan 2 e-book percuma yang saya dapati dari saudara Ammar Zahar dan saudara Wanmus, 2 nama Internet Marketer yang sedang meningkat naik dalam perniagaan internet ini.

Daripada 2 e-book ini, saya telah mempelajari bagaimana ingin memulakan perniagaan internet secara berperingkat dan tabiat yang wajib dielakkan supaya tidak kehilangan prospek yang ingin bernaung di bawah kita, seterusnya saling tolong-menolong dan berjaya bersama-sama.

Bagaimana Nak Mula - Ammar Zahar
http://www.ziddu.com/download/7293988/Bagaimana-Nak-Mula.pdf.html

101 Tabiat Kehilangan Pelanggan - Wanmus
http://www.ziddu.com/download/7294155/101-tabiat-kehilangan-pelanggan-oleh-wanmus.pdf.html

Saya sarankan para pembaca semua supaya mendalami isi-isi 2 e-book ini dalam praktikkan secara berperingkat dan berkesan, kerana ia terbukti banyak membantu saya dalam memajukan diri saya... begitu juga harapan saya semoga anda boleh maju bersama-sama saya. Marilah kita menuju kejayaan!

(Shafrizal)



Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.

3 - Ataupun e-mail saya di - hiji_ginta@hotmail.com untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua program hebat ini!

Bagaimana Hendak Menjahanamkan Bisnes - Part Akhir

Salam sejahtera semua.

Saya ingin jadikan entri kali ini ringkas dan mudah untuk difahami, kerana ianya berkaitan dengan elemen "mentaliti" dan "putus asa" yang saya telah bincangkan dalam entri saya yang terdahulu.

Kata kunci kita pada kali ini adalah "pilihan".

Dalam bahasa pengajian ekonomi-nya adalah "choice", bergantung kepada "necessity" dan "desire" kita. Sebagai contoh, anda mahu berkecimpung dalam bisnes internet. Itu adalah "necessity" anda. Anda terpaksa ketepikan "desire" anda untuk membeli sepasang kasut Nike berharga RM200. Kasut Nike anda itu adalah "Opportunity Cost", iaitu elemen yang terpaksa dikorbankan bagi memenuhi "Necessity" anda. Dalam keghairahan anda untuk menceburi bidang bisnes internet, anda terpaksa juga membuat "sub-choice", iaitu dengan memilih perniagaan internet yang sesuai untuk anda, di bawah syarikat apa yang anda mahu sertai, dan di bawah siapa anda ingin bernaung.

Jikalai dinilai berdasarkan saya pula, saya mengambil satu "choice" yang berani untuk menyertai bisnes internet, sekaligus melupakan hasrat saya untuk mengubahsuai motorsikal Suzuki TXR Panther 150 Gamma saya untuk tujuan merempit.. oh, bergurau saja. Untuk "Sub-Choice" saya, saya memilih perniagaan MLM berasaskan internet, kerana saya yakin dengan kemampuan saya untuk pergi lebih jauh, Insya-Allah, selain pengalaman dan prestasi baik saya sepanjang bekerja dengan syarikat seperti The Store Supermarket, Tesco dan Courts Mammoth sebelum ini. Syarikat yang saya pilih adalah GDI, berdasarkan reputasi yang baik, kesahihan 100% tulen dan peluang-peluang yang dipunyai oleh GDI yang ternyata begitu memberansangkan dan menarik hati saya setelah saya mengkaji selama 2 tahun mengenai GDI. Dan akhirnya, upline saya adalah tidak lain tidak bukan, pakar bisnes internet Malaysia sendiri iaitu Encik Zamri Nanyan, merangkap sifu (mentor) saya sendiri. Minta maaf, saya tidak berniat pun untuk membanggakan diri, kerana saya hanyalah seorang hamba Allah yang tidak seberapa saja. Ianya untuk menyedarkan para pembaca betapa pentingnya soal pilihan ini, dan cara terbaik adalah dengan mengambil kira kebolehan kita sendiri.

Itu adalah "Choice" dan "Sub-Choice" saya sendiri. Persoalannya di sini, bagaimanakah "Choice" (Pilihan) itu boleh menjahanamkan bisnes anda dan seterusnya diri anda sendiri?

Saya akan senaraikan elemen-elemennya dalam "list form" -

1 - Keputusan anda untuk menyertai bisnes internet di kala masa masih tidak sesuai untuk anda.
2 - Kesilapan anda memilih syarikat hanya kerana anda tertarik dengan apa yang ditawarkan di website, blog dan iklan mereka tanpa membuat kajian mendalam mengenainya.
3 - Kesilapan anda dalam memilih strategi yang terbaik untuk anda memulakan bisnes.

Untuk point yang pertama dan kedua, saya andaikan anda terpengaruh dengan iklan-iklan yang meawarkan pulangan berganda dalam masa yang singkat, contohnya - "Wang Hebat, Join la Kami Sekarang!! RM600 - RM1000 sehari!!". Anda pula di ambang kekurangan wang, jadi anda tidak berfikir panjang dan terus saja menyertai-nya dengan harapan untuk menjana pendapatan dalam masa yang cukup singkat. Namun, realiti tidak seindah yang disangka. Anda berasa tertipu dan apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur... menyesal pun tidak berguna lagi. Duit lesap begitu saja.

Nasihat saya hanya satu. Kajilah mengenai bisnes yang menarik minat anda itu dengan lebih mendalam. Berfikirlah secara rasional, bukan mengikut hawa nafsu. RM600 - RM1000 dalam masa sehari, dan pulangan pendapatan seperti itu sehari? Bukankah ia tidak logik dan tidak munasabah? Bagaimanakah anda boleh menjana pendapatan dalam masa sehari, tambah lagi hanya sehari selepas anda menyertai bisnes tersebut? Dalam rekod perniagaan saya, paling cepat pun saya memperolehi downline yang setia adalah dalam masa 2 hari... itupun melalui GDI dan program Pemasaran Auto Viral Encik Zamri Nanyan. Bagi saya, membina kepercayaan orang terhadap kita dan juga kredibiliti kita memakan masa yang panjang. Tidak mudah untuk kita melakukannya, akan tetapi ia boleh memberikan pulangan yang lumayan sekiranya kita berjaya. Tolonglah, jangan tertipu dengan bisnes-bisnes yang scam dan masih diragui keupayaannya, yang menawarkan pulangan yang sangat lumayan tetapi tidak munasabah dari segi kadar membina perniagaan dan jumlah yang ditawarkan. Buatlah kajian terlebih dahulu sebelum anda menceburi bidang ini, kerana pilihan yang betul akan melonjakkan anda ke taraf memiliki kebebasan kewangan mutlak. Inilah yang telah dilakukan oleh Encik Zamri Nanyan, Mr. Gobalakrishnan, saudara Zulfadhli SmartUsaha, saudara Labanon, abang Aqif (saya gelarkan dia abang, hormat~) dan lain-lain lagi pengusaha bisnes internet yang telah pun berjaya dan kini menolong orang supaya berjaya pula. Ramai orang yang saya kenal khususnya di Komuniti GDI-Ning telah menceburikan diri dalam perniagaan internet ini, membuat pilihan yang baik dan akhirnya berjaya. Kalau hendak disebut nama mereka, pasti saya terpaksa membuat entri sambungan untuk tajuk ini. Terlampau banyak.

Untuk point yang ketiga iaitu Strategi, saya pasti anda telah pun mengusutkan fikiran anda dengan belajar dan cuba mempraktikkan kesemua strategi yang telah anda pelajari. Dan hasilnya? Saya pasti ini adalah satu failure, satu kegagalan buat anda... kerana saya telah mengalaminya sendiri. Dalam hal ini, nasihat saya pun cuma satu. Anda hendaklah mengesan strategi apa yang sesuai dengan fitrah dan keupayaan anda. Sebagai contoh, saya memilih pemasaran di blog saya dan di laman web social networking seperti Myspace, Friendster, Facebook, iklan di laman web iklan percuma selain di forum-forum yang saya sertai kerana ianya bersesuaian dengan fitrah saya sebagai seorang pelajar miskin yang hanya bersumberkan duit PTPTN sahaja. Bagi yang mampu, anda bolehlah terus sahaja ke arah membina laman web mini, melanggan sistem autoresponder yang anda fikir adalah terbaik seperti Aweber dan Getresponse, dan mula memasarkan bisnes anda bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Sebenarnya, ada lebih dari 1001 strategi yang anda boleh gunakan. Akan tetapi, pilihlah mana yang anda rasa boleh mendatangkan kelebihan kepada anda buat permulaan. Laksanakan strategi anda satu-persatu dan anda tidak perlu terburu-buru. Yang penting adalah membina kredibiliti dan pengaruh anda, itulah yang paling penting.

Sekian saja entri saya pada kali ini, dan saya mengingatkan diri saya yang penuh dengan kelemahan ini serta para pembaca supaya tidak terburu-buru dalam membuat pilihan. Bersikap terburu-buru dalam membuat pilihan akan menyebabkan bisnes anda jahanam dan akan mengheret anda sekali ke lembah jahanam... kesudahannya, semua pun jahanam~

Habis sudah artikel saya mengenai bahana perbuatan yang akan menjahanamkan bisnes pada kali ini. Dalam entri saya yang seterusnya, saya akan sentuh mengenai strategi pemasaran untuk panduan diri saya dan juga para pembaca sekalian. Insya-Allah, mudah-mudahan kita beroleh barakah Allah Taala dan seterusnya memajukan bisnes kita bersama-sama ke arah yang lebih gemilang.

(Shafrizal)



Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.

3 - Ataupun e-mail saya di - hiji_ginta@hotmail.com untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua program hebat ini!

Saturday, November 7, 2009

Mari berkongsi - Contoh Surat Jualan

Seperti yang anda ketahui, laman web jualan seperti laman web minisites adalah laman web promosi terhadap sesebuah produk. Di dalamnya kita menulis ayat-ayat “pujukan” (surat jualan) agar bakal pembeli meyakini produk yang kita jual tersebut.

Saya suka membaca surat jualan di laman web orang lain, malah saya simpan sebagai swipe file untuk dijadikan sebagai bahan rujukan, perbandingan atau kajian. Ada yang jenis berterus-terang, ada yang jenis mempromosikan barang secara melampau-lampau sehingga meluat pembaca membacanya dan ada yang mencanang dan mengangkat bakul sendiri.

Di sini, saya akan kongsikan formula membuat surat jualan atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut 'Sales Letter' yang mantap, khas daripada Peter Geisheker, CEO Geisheker Group Marketing Firm.


The Sales Letter Formula -
http://www.ziddu.com/download/7267193/sales_letter_formula.pdf.html

Contoh-contoh surat jualan -

http://www.ziddu.com/download/7267296/free_sample_sales_letter_1.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/7267306/free_sample_sales_letter_2.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/7267317/free_sample_sales_letter_3.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/7267331/free_sample_sales_letter_4.pdf.html


Anda boleh memuat turun kesemuanya secara percuma sahaja. Anggaplah ini sebagai hadiah dari saya untuk membantu anda melonjakkan bisnes anda kepada peringkat yang lebih tinggi dan lebih maju.

Semoga anda akan terus sukses dalam perniagaan anda, Insya-Allah.

(Shafrizal)



Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.

3 - Ataupun e-mail saya di - hiji_ginta@hotmail.com untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua program hebat ini!



Perkara Yang Akan Menjahanamkan Bisnes - Part 3

Pada masa saya sedang menaip artikel ini, sakit kepala saya yang melampau itu masih tidak hilang, walaupun saya sudah pun menelan pil migrain dan panadol. Nak nak pula pasukan bola sepak kegemaran saya, Kelantan kalah di tangan pasukan Negeri Sembilan 1 - 3. Lagi bertambah rasa sedih dan tertekan di hati.

Walaupun begitu, tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya mereka kalah bermaruah, berpantang lawan sebelum kalah. Berkenaan dengan ayat saya, "berpantang lawan sebelum kalah" itu kena dengan artikel saya pada kali ini.

Sedarkah para pembaca semua yang strategi yang gagal akhirnya menghasilkan perasaan putus asa? Saya mengakui, terdetik di hati saya untuk menyerah kalah begitu sahaja. Akan tetapi, kisah Thomas Edison, pereka cipta mentol, begitu menyedarkan saya.

Ayatnya mudah sahaja. "1001 kegagalan aku menghasilkan 1 kejayaan yang gilang-gemilang.".

Seperti yang saya katakan dalam artikel saya yang terdahulu, mentaliti yang lemah dan salah akan menghasilkan perasaan putus asa. Itulah kata kunci kita pada kali ini, 'putus asa'. Anda semua dapat lihat perkaitan antara kedua-dua elemen itu, bukan? Minda yang lemah dan terburu-buru akan memikirkan strategi yang sedikit dan mempunyai kadar sukses ataupun kecekapan yang bermutu rendah, dan hasilnya anda akan gagal. Anda akan berputus asa kerana tidak dapat hasil dalam kadar masa yang cepat. Minda yang kuat dan tenang itu akan memikirkan strategi yang akan berkekalan untuk jangka masa yang panjang, contohnya sehingga 20 tahun di hadapan, dan akan menghasilkan strategi yang berkualiti dan efisien. Kegagalan tetap akan datang walau secekap mana pun strategi anda. Akan tetapi, anda akan terus bangun dari kegagalan disebabkan gaya pemikiran anda yang sudah disetkan supaya berfikir rasional dan jauh ke hadapan.

Kegagalan itu bukan satu alasan untuk anda mengundur diri, lebih-lebih lagi jika anda pernah terdengar ayat hulubalang dan pendekar Melayu zaman dahulu, "pantang menyerah, pantang mengaku kalah walaupun seteruk mana pun aku tersungkur."

Sampai di sini saja entri saya pada kali ini. Ingatlah bahawa gabungan kedua-dua elemen negatif utama iaitu 'mentaliti yang lemah' dan 'putus asa' akan menyebabkan bisnes anda menemui jalan penamat dalam keadaan yang cukup daif dan teruk sekali... dan ucapan saya hanya satu, "Takziah, anda berjaya menjahanamkan bisnes anda sendiri!".

Sekian sahaja buat kali ini. Dalam entri saya yang seterusnya, kata kuncinya adalah "pilihan".

p/s - pada yang hendak menambah dan memberikan komentar, sila-silakanlah... saya amat alu-alukan pendapat bernas anda! Marilah kita belajar dan membangun bersama-sama!



Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.

3 - Ataupun e-mail saya di - hiji_ginta@hotmail.com untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua program hebat ini!

Friday, November 6, 2009

Perkara Yang Akan Menjahanamkan Bisnes - Part 2

Salam sejahtera para pembaca semua. Minta maaf jikalau entri pada kali ini pendek dan ringkas sahaja. Kerana pada waktu saya menulis entri ini, saya baru sahaja diserang penyakit migrain saya yang datang balik selepas bertahun-tahun ia menyepi. Bak kata seorang kawan, "Itulah, merokok je kerja. Tak da cara lain ke nak release tension?!!". Tak mengapa, kita tinggalkan dulu aktiviti tidak berfaedah saya itu.

Dalam entri kali ini, kata kunci kita yang kedua adalah 'mentaliti'. Sebenarnya kata kunci kita pada kali ini memainkan peranan penting kerana mentaliti itu adalah sebenarnya yang menentukan hala tuju hidup kita. Dalam bahasa Inggerisnya dipanggil, "mindset".

Para usahawan amat menitikberatkan kata kunci ini. Mentaliti yang mereka pegang dan cara mereka berfikir adalah lain sekali dengan cara kita biasa berfikir.

Dalam dunia realiti ini, saya sering lihat kemajuan ataupun kejatuhan sesorang usahawan ataupun seseorang yang hendak menceburi bisnes itu. Saya fikir, ianya berkait rapat dengan mentaliti seseorang. Begitu juga dengan bisnes internet. Mentaliti ataupun gaya pemikiran yang kita sering hadapi adalah bisnes internet ini boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan dan cepat, tanpa banyak usaha sekalipun.

Minta maaf, tetapi gaya pemikiran itu adalah salah. Dalam apa jua bisnes internet sekalipun, kesemuanya tidak menjanjikan pulangan yang lumayan sekiranya anda tidak berusaha, dan pulangan yang cepat walau apa cara promosi anda sekalipun. Kenapa?

Bisnes Internet ini memerlukan anda mengukuhkan kepercayaan orang lain terhadap diri anda dan kredibiliti anda sendiri. Kepercayaan yang hendak dibina itu kadang-kala memakan masa yang sangat lama, bukan sekadar anda berikan photo anda, alamat rumah anda, nombor telefon anda dan lain-lain lagi. Prospek anda akan tengok sejauh mana anda berjaya menguruskan perniagaan anda, kredibiliti dan penampilan anda. Dan di sini saya hendak tekankan bahawa anda tidak semiestinya mendapat ramai pelanggan hanya dengan mencanang kekayaan hasil bisnes internet anda, seperti meletakkan gambar promosi yang melampau-lampau.

Yang pasti, kejujuran dan personaliti itu penting. Gabungkan kedua-dua elemen penting itu, beserta dengan mentaliti yang betul, iaitu berbisnes untuk jangka masa yang panjang... barulah anda akan berjaya di masa hadapan.

Dalam artikel lain, saya akan bincangkan mengenai kata kunci yang saling berkait dengan 'mentaliti yang salah', iaitu 'putus asa'. Sekian sahaja buat kali ini, dan... aduh, sakit kepala lagi.

Minta maaf, andai kata tersilap dan terkasar bahasa.

(Shafrizal)


Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.

3 - Ataupun e-mail saya di - hiji_ginta@hotmail.com untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua program hebat ini!

Thursday, November 5, 2009

Perkara Yang Akan Menjahanamkan Bisnes - Part 1

Dalam entri pada kali ini, saya hendak membincangkan mengenai perkara ini. Dalam kita mengejar penjualan dan pemasaran yang tinggi, kita tidak sedar akan hal-hal remeh-temeh seperti ini. Adab bermasyarakat sudah pun ditinggalkan, walhal ia sangat membantu kita dalam interaksi sesama manusia dalam kehidupan seharian. Begitu juga dengan tips-tips asas yg sebenarnya mempunyai kekuatan yang penting dalam membantu pemasaran dan strategi jualan kita supaya lebih kukuh dan ampuh.

Kata kunci kita pada kali ini adalah adab. Adab, seperti yang diistilahkan oleh kamus adalah budi pekerti dan nilai-nilai moral. Baik buruk budi pekerti seseorang itu terletak pada adabnya. Baik adabnya, maka dipandang tinggilah dia.

Namun begitu, saya melihat masyarakat kita seakan-akan kekurangan adab. Ini termasuklah saya sendiri, Na'uzubillah. Saya akui, saya memang ada kekurangan saya sendiri. Dan pada kali ini saya menasihati diri saya dan para pembaca sekalian, semoga Allah Taala membimbing kita semua ke jalan yang benar.

Perkara yang kita sering perhatikan dalam bisnes internet ini adalah apabila seorang IM (Internet Marketer) membantai IM yang lain, seakan-akan menunjukkan dia tiada adab. Sering juga saya mengunjungi blog-blog IM secara senyap, iaitu melayari blog mereka dan membaca pos blog mereka tanpa meninggalkan apa-apa kesan seperti komentar dan sebagainya.

Akan tetapi, terdapat juga IM yang menjadikan blog mereka sebagai tempat untuk mereka membantai dan mengutuk IM yang lain. Apakah ini satu tindakan yang baik? Jikalau tidak berpuashati, maka salurkan ketidakpuasan hati itu secara berhikmah. Ajaklah berbincang dengan baik, itu barulah menangani masalah secara profesional.

Saya juga akui saya agak bersetuju dengan ketidakpuasan hati mereka mengenai hal-hal tertentu. Akan tetapi adalah tidak patut untuk mereka berbuat begitu. Sekurang-kurangnya pergilah berbincang bersama, luahkan apa yang terbuku di hati. Itu barulah gaya seorang profesional dan kata orang barat, "gentleman".

Tidakkah mereka sedar yang gaya mereka sebegitu rupa menunjukkan kepada prospek-prospek pembeli yang mereka itu tidak profesional seperti yang disangka? Apabila masuk musim pasaran dan jualan barangan mereka, ayat yang keluar dari mulut dan ditaip di e-mel adalah begitu manis dan mampu memukau pembeli... akan tetapi, realitinya tidak seindah yang disangka.

Ini boleh membuatkan pelanggan lari kepada penjual yang lain, walaupun betapa hebatnya isi kandungan barangan yang dijual oleh mereka. Bak kata orang barat, "Self impression is important. It shows the world on how good you are, before the world judges you more.".

Lihatlah bagaimana adab itu boleh mempengaruhi jualan dan bisnes seseorang itu. Anda mempunyai adab dan pekerti yang tinggi, anda akan hidup senang dan dihormati orang. Begitu juga sebaliknya.

Sekian saja buat entri ini.

Wednesday, November 4, 2009

Apakah Maksud K-S-P Di Dalam Perniagaan Internet Anda?

oleh Zamri Nanyan

Kebanyakan daripada usahawan yang baru menceburi bisnes internet ini mempunyai masalah untuk menghasilkan jualan.

Apabila laman web dibina dan promosi dilakukan, tiada jualan dapat dihasilkan walaupun anda tahu bahawa produk yang anda promosikan adalah hebat dan diperlukan oleh orang ramai.

Ini terbukti kerana kadang-kadang anda juga mempromosikan produk yang sama dengan orang lain tetapi mereka mendapat komisyen jualan yang tinggi. Anda sebaliknya tidak mendapat apa-apa.

Jika anda hendak tahu apakah rahsia di sebalik penghasilan jualan yang tinggi di internet, inilah beberapa kunci utamanya.

K-S-P

Saya terangkan kepada anda singkatan K-S-P yang saya maksudkan.

K = Kenal

S = Suka

P = Percaya

Saya pasti sekiranya anda dapat menguasai ketiga-tiga kunci ini, anda mampu menukarkan jualan sifar anda kepada jualan mega.

Baiklah, mari kita lihat apakah yang dimaksudkan oleh ketiga-tiga kunci ini.

* Kenal

Pada mula anda mempromosikan sebarang produk atau servis, prospek yang melawati laman web anda akan mula bertanya kepada diri mereka sendiri. “Siapa yang menjual produk ini? Saya tak kenal pun beliau.”

Pada tahap ini, mereka akan mula mencari-cari jawapan kepada soalan “siapakah anda” untuk mengenali anda terlebih dahulu. Perkara ini penting kerana di internet, terlalu banyak penipuan dilakukan sehingga ada yang rugi ribuan ringgit.

Cara mudah untuk orang mengenali anda di internet ialah dengan mempunyai laman web profesional sendiri dan memperkenalkan diri anda seperti siapa nama anda, apakah bisnes yang anda jalankan dan jika anda ada gambar pejabat dan gambar anda sendiri, tidak salah untuk anda letakkannya di internet supaya prospek anda dapat membayangkan rupa anda dan juga bisnes yang anda jalankan.

Di atas sebab ini jugalah anda perlu mempunyai laman web profesional anda, dengan nama domain anda sendiri, dan bukannya laman web percuma daripada geocities.com atau tripod.com.

Mendapatkan sebuah nama domain dan laman web yang profesional adalah murah dan sangat mudah, sehingga saya sendiri pun tidak faham kenapa masih ramai lagi “usahawan” internet yang tidak mahu mendapatkannya (tetapi pada masa yang sama mereka mahu tampil profesional).

Dengan modal USD$10 (atau lebih kurang RM35), anda sudahpun boleh mendapatkan nama domain anda sendiri dan web-host untuk menempatkan laman web anda, dan seterusnya bina laman web profesional anda semestinya.

Ini laman web USD$10 yang saya maksudkan:
http://www.website.ws/shafrizal87

Daftar dengan nama domain yang mempunyai nama anda sendiri seperti greatinternetbusiness.ws pun sudah memadai untuk memulakan langkah prospek mengenali anda.

* Suka

Perkara seterusnya ialah cari cara bagaimana prospek anda boleh suka dengan anda dan juga perniagaan anda.

Dari sinilah pentingnya anda pandai membawa diri anda di internet. Sebagai contoh, anda boleh menyertai forum perbincangan online dan beramah mesra dengan ahli forum yang lain. Jangan sekali-kali bermusuhan dengan orang lain di internet semata-mata pandangan anda berbeza daripada pandangan mereka.

Komunikasi yang baik melalui email atau laman sosial yang lain (seperti Facebook, Friendster dan sebagainya) juga menambah markah yang baik untuk meningkatkan tahap orang menyukai anda.

Salah satu lagi cara mudah yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan perisian yang dipanggil autoresponder untuk mendapatkan senarai nama dan email rakan-rakan internet anda.

Autoresponder ialah perisian email di mana anda boleh simpan nama dan email pelawat yang mengisi borang langganan di laman web anda ke dalam pangkalan data (database) yang disimpan di webserver. Seterusnya, anda boleh gunakan autoresponder untuk menghantar kepada semua email ini sekali gus sama ada pada masa yang anda tetapkan ataupun pada masa sekarang.

Anda tak perlu tahu terlalu mendalam bagaimana untuk memasang perisian ini kerana cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan autoresponder ialah dengan melanggan servis seperti yang ditawarkan oleh Aweber atau GetResponse.

Aweber - http://bisnesdigital.com/aweber

GetResponse - http://bisnesdigital.com/getresponse

Gunakan autoresponder untuk mengumpul senarai email rakan-rakan internet anda. Pada masa yang sama, selalulah berhubung dengan mereka melalui email dengan memberikan tip-tip mengenai produk atau bisnes anda ataupun sekadar untuk memberitahu perkembangan terbaru mengenai apa yang anda lakukan pada masa sekarang.

Dalam ertikata lain, anda mahu rakan-rakan internet anda ini kenal dan suka kepada anda.

Dan apabila orang sudah mengenali anda dan menyukai anda, barulah mereka akan sampai ke tahap seterusnya.

* Percaya

Di tahap inilah anda akan mula nampak hasil daripada usaha anda sebelum ini. Apabila anda menjual produk atau servis kepada “rakan-rakan” internet anda, ianya mudah untuk mereka membuat pembelian melalui anda.

Mereka sudahpun “Kenal, Suka dan Percaya” dengan apa yang anda tawarkan.

Bayangkan jika anda mempunyai 10,000 rakan di internet dan 2% daripada mereka membeli produk berharga RM50 yang anda tawarkan, ianya sudahpun memberi pulangan sebanyak RM10,000.

Ah, jangan kata ianya sesuatu yang mustahil kerana ianya telah pun dibuktikan keberkesanannya. Sebaliknya, anda halusi dahulu sebab kenapa anda tidak dapat hasil jualan yang memberansangkan.

Mungkin ianya disebabkan kekurangan K-S-P.

Walaubagaimanapun, anda boleh lihat di sini bahawa proses K-S-P yang saya maksudkan di sini mungkin akan mengambil masa yang lama untuk anda capai. Jadi, inilah juga satu lagi rahsia jualan yang tersembunyi.

Anda perlu lakukan proses K-S-P ini secara konsisten dan persisten. Semakin lama anda berasa di dalam proses K-S-P ini, semakin kukuh anda membina tapak K-S-P anda.

Di sini juga saya seru kepada anda yang ingin membina bisnes internet supaya tidak cuma “hangat-hangat tahi ayam”. Lakukannya secara berterusan walaupun hasilnya sekarang tidak seberapa. 5 atau 7 tahun akan datang, anda pasti akan terkejut dengan hasilnya dan saya berbesar hati untuk katakan “sama-sama” di atas ucapan “terima kasih” anda kerana artikel ini telah membuka minda anda tentang rahsia kejayaan jualan di internet.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.perniagaaninternet.ws/r/shafrizal87 untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Kisah Motivasi 1 - Jualan Pertama En. Zamri Nanyan

Saya kongsi cerita ni di salah satu forum yang saya lawati dan saya rasa sesuai untuk saya berkongsi dengan anda semua di blog bisnes digital ini. Jadi, saya harap ianya sedikit sebanyak dapat memberikan semangat mendalam buat anda.

***************

Saya selalu kongsi cerita ni dengan orang lain tapi mungkin tak ramai lagi yang tahu…

Jualan pertama saya adalah hasil daripada produk ClickBank. Komisyen cuma $9.97. Produk tu harganya $17.

Best kan dapat jualan pertama di internet?

Mat Saleh pulak beli tu… ye la saya kan Asian…

Tapi tak ramai yang tahu bahawa untuk mendapatkan komisyen $9.97, saya ambil masa selama 3 bulan (tu tahun 2003).

Banyak dah saya belanjakan…

1. pergi seminar = USD$700
2. beli domain = USD$10
3. beli autoresponder = USD$249
4. beli hosting = USD$24.95 / month

Tu tak masuk bersengkang mata, buat laman web sendiri (godek-godek sendiri), pasang skrip sendiri, test skrip sendiri dan macam-macam lagi sendiri.

Beli iklan pun ada… ebook dah berapa saya beli pun tak tahu. Kalau nak ikut, dekat ebook dan iklan ni saja pun dah beribu.

Duit habis ribu-ribu ringgit. Cuma USD$9.97 saja yang dapat… tu pun tak dapat keluarkan lagi sebab ClickBank limit kepada USD$100.

Tapi di sepanjang perjalanan 3 bulan saya di internet, saya dah belajar banyak dan salah satu pengajarannya ialah saya tak boleh putus asa.

Keseronokan mendapat USD$9.97 melebihi segala-galanya.

Sekarang saya faham… inilah yang dinamakan nilai pelajaran saya. Kalau saya dah habiskan ratusan ribuan ringgit untuk ke sekolah sehingga ke universiti, dan masih perlu balik cari kerja di Malaysia (saya dapat degree di US), saya sebenarnya tidak punya jaminan untuk mendapat balik ratusan ribu ringgit yang saya belanjakan untuk dapat degree. Bahkan saya balik dengan hutang JPA sebanyak RM90,000.

Jadi, jika dibandingkan dengan pelajaran yang saya terima semasa membina bisnes internet internet, ianya tidaklah seteruk mana jika dibandingkan dengan belasan tahun saya habiskan untuk mendapatkan sekeping degree dalam Computer Engineering.

(jangan salah anggap, saya masih lagi berasa bangga kerana anak Felda dari Kedah dapat menggenggam sekeping ijazah dalam Computer Engineering dari sebuah universiti di New York walaupun ilmu untuk mendapatkan ijazah tersebut tidak digunakan 100% sekarang)

Nasihat saya… setiap orang akan mempunyai masa mereka dan juga kos mereka sendiri untuk mencapai sesuatu di dalam bidang yang diceburi.

Ianya tidak akan sama dengan orang lain tapi anda boleh leverage pembelajaran anda dengan mempelajari apa yang orang lain telah lalui.

Zamri Nanyan

ps. jika anda rasa paparan ini adalah cara saya meninggi diri, terpulanglah kepada anda. Niat saya satu - cuma untuk menaikkan semangat anda di dalam perniagaan internet ini.

------------------------------

Dari Laptop Tuan Punya Blog -

Kisah di atas menceritakan bagaimana penat lelah seorang pengusaha bisnes internet terkenal di Malaysia berhempas pulas dalam mengusahakan bisnes pertama beliau dan akhirnya mendapat pendapatan pertama. Apa ertinya pendapatan pertama ini? Mungkin orang lain akan kata, "Hmmph, baru sikit jer dapat, dah kecoh?".

Jangan berkata begitu, erti pendapatan pertama adalah sangat bernilai untuk meningkatkan moral dan semangat, supaya usaha diteruskan dengan hebat, berdedikasi dan istiqamah, iaitu berterusan. Itulah erti pendapatan pertama kepada seorang peniaga setelah dia berhempas pulas tanpa henti, semata-mata ingin berjaya. Dan lihat hasil daripada usahanya yang berterusan dan betapa beliau menghargai pendapatan pertamanya, beliau sudah pun berjaya pada hari ini. Bagaimana pula dengan anda? Fikir-fikirkanlah.

(Shafrizal)


Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.

3 - Ataupun e-mail saya di - hiji_ginta@hotmail.com untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua program hebat ini!

Monday, November 2, 2009

Mencabar Pemikiran Dan Mentaliti Anda!



Sebelum anda berkira-kira hendak melangkah ke alam perniagaan internet, saya jamin anda mesti memikirkan risiko yang anda hadapi. In termasuklah takut ditipu, duit lesap, perniagaan tidak berjalan seperti yang dirancangkan.

Itulah yang saya hadapi satu ketika dulu. Sudahlah ditipu duit lesap entah ke mana, dan perniagaan tidak berjalan seperti yang dijangkakan. Akan tetapi, semangat yang kuat dan azam saya untuk menjadi orang yang berduit banyak dan kaya telah mendorong saya untuk memasuki alam bisnes perniagaan internet ini.

Bermula dengan GDI, saya terus-menerus membuat promosi tanpa henti, belajar perkara-perkara baru seperti membuat 'Minisite" ataupun 'Landing Site' sendiri, menguruskan program autoresponder untuk tujuan pasaran antarabangsa, di samping mempelajari kaedah memasarkan domain-domain GDI berdasarkan apa yang saya pelajari bersama anggota-anggota GDI yang sememangnya Top dan hebat, dari komuniti GDI Malaysia sendiri.

Lagi satu, video di atas juga memberi aspirasi kepada saya betapa perlunya azam yang kuat dan kesungguhan yang tinggi diperlukan untuk berjaya. Video ini memang betul-betul mencabar mentaliti saya, dan saya harap ia juga memberi aspirasi kepada anda.

Akhir kata, sekiranya anda memiliki kemahuan yang kuat untuk berjaya dan juga menjadi kaya, mengapa tidak berusaha bersama saya? Mengapa tidak kita saling tolong-menolong? Video ini akan mencabar pemikiran dan mentaliti anda, percayalah.

Sekian saja untuk kali ini.

(Shafrizal)


Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli
GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.


3 - Ataupun e-mail saya di - hiji_ginta@hotmail.com untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua program hebat ini!

FAQ 1 - Bagaimana Hendak Mendaftar Dengan GDI kalau Tiada Kad Kredit Ataupun Akaun Pay-Pal?


Tidak mempunya kad kredit ataupun akaun Pay-Pal bukanlah bererti anda terpaksa menguburkan niat anda untuk menjana pendapatan melalui GDI. Bak kata pepatah, mahu seribu jalan, tidak mahu seribu dalih. Itu cuma satu daripada berbagai-bagai batu penghalang anda untuk lebih berjaya.

Di sini saya akan tunjukkan bagaimana untuk mengaktifkan Visa debit card daripada Maybank untuk urusan transaksi di internet. Anda hanya perlu melakukannya dengan beberapa langkah mudah sahaja di Maybank2u.

1. Langkah pertama, buka akaun di bank Maybank yang berhampiran dan beritahu pegawai perkhidmatan pelanggan Maybank bahawa anda ingin memohon Kad Debit Maybankard Visa.

2. Sekiranya anda sudah mempunyai akaun di Maybank, anda boleh pergi ke Maybank yang berhampiran untuk memohon Kad Debit Maybankard Visa. Anda akan dicaj RM12.00 saja.

3. Kemudian, log masuk ke akaun MaybankU2 anda. Klik di sini.

Ini adalah layout MaybankU2 classic. Harap Maklum.


4. Klik pada bahagian "Maybankard Secure Online Shopping Registration".



5. Isikan maklumat yang diperlukan. Klik "submit".

Anda hendaklah memilih password ataupun kata laluan anda sendiri.


6. Anda boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan di 1300-88-6688 jika mempunyai sebarang pertanyaan.

Dengan langkah- langkah tersebut, anda boleh menyertai GDI sekarang. Klik di sini.


Semoga berjaya!
(Shafrizal)



Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.


3 - Ataupun e-mail saya di - hiji_ginta@hotmail.com untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua program hebat ini!

Sunday, November 1, 2009

Scam? Fraud? Bisnes Tipu?

Salam Sejahtera,

Dalam artikel kali ini, saya akan berkongsikan sedikit-sebanyak hasil pemerhatian dan pengalaman saya sepanjang tempoh masa saya berkecimpung dalam dunia perniagaan internet ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan scam, fraud dan bisnes tipu-menipu ini? Pada hari ini saja kita dapat lihat betapa banyaknya bisnes-bisnes internet ini bertumbuh bak cendawan selepas hujan. Ada yang merupakan sebenar-benar bisnes, yang menguntungkan sesiapa sahaja yang berkecimpung di dalamnya, dan ada yang hanya scam, fraud dan bohong sahaja. Tidak menguntungkan sesiapa pun yang menyertainya melainkan tuan punya bisnes itu sendiri.

Oleh itu, mari kita lihat dan renung-renungkanlah, adakah keputusan kita selama ini betul ataupun salah.

1 - Iklan - Bisnes scam, fraud dan tipu ini menawarkan pulangan yang sangat tinggi dalam iklannya. Macam tidak logik-lah pula. Iklan yang menawarkan pulangan hebat seperti "RM400 sehingga RM800" sehari. Logikkah itu? Jikalau bisnes itu benar-benar menjanjikan pulangan seperti itu, maka individu yang menyertai bisnes itu sudah pun mendapat dalam RM12000 sehingga RM32000 sebulan. Saya tidak fikir ini satu fakta yang logik, kerana bagi sesuatu bisnes yang hanya berpaksikan sasaran di Malaysia, adalah amat susah untuk mencapai pulangan yang hebat seperti ini, melainkan individu tersebut melakukan bisnes jual - beli seperti menjual barangan digital, menjual e-book hasil karyanya sendiri dan lain-lain lagi. Ini adalah satu scam ataupun pembohongan yang sangat besar dalam dunia bisnes internet.

2 - Barangan - Barangan juga memainkan peranan penting dalam menentukan perjalanan bisnes dan sejauh manakah kesahihan bisnes itu sendiri. Dalam hal ini, kita boleh lihat dalam 2 perkataan, iaitu 'Kehendak' dan 'Keperluan' ataupun dalam bahasa Inggeris-nya disebut 'Desire' dan 'Necessity', salah satu cabang utama dalam pengajian ekonomi. Sesuatu barangan yang ditawarkan itu termasuk dalam 'Desire' ataupun 'kehendak' apabila kita tidak merasakan kita perlukannya untuk apa tujuan sekalipun. Akan tetapi, barangan yang ditawarkan itu adalah 'Necessity' ataupun 'keperluan' apabila kita melihat barangan itu menjadi salah satu daripada perjalanan hidup setiap individu dan menjadi barangan yang sangat diperlukan oleh setiap orang. Contohnya, perniagaan Domain dan Webhosting. Domain dan webhosting adalah menjadi satu kemestian bagi individu yang ingin membuka laman webnya sendiri, sama ada laman web itu berbentuk hiburan, perniagaan ataupun bersifat 'non-profit'.

3 - Harga Barangan - Apa yang anda mungkin akan kata apabila harga barangan seperti software telefon bimbit yang anda boleh dapat di pasar malam dengan harga RM5 dan percuma apabila anda mengenali rakan anda yang sememangnya hebat dalam bidang telekomunikasi ini, tiba-tiba dimasukkan dengan pakej MLM yang ditawarkan kepada anda dengan harga RM60? Saya rasa ini sesuatu yang tidak logik sama sekali. Di sini kita dapat lihat sejauh manakah kesahihan bisnes itu sendiri. Bagaimana pula dengan penjualan e-book sehingga RM70? sekiranya e-book itu sangat bermanfaat dan isinya padat dengan segala informasi yang diperlukan maka ianya adalah berbaloi dan bisnes itu tidak menipu sama sekali. Langganan Domain dan Webhosting juga begitu, hanya RM35 sebulan, bertepatan dengan pasaran 'Domain' sekarang yang menawarkan RM30 sehingga RM300 untuk satu domain mengikut spesifikasi yang ditawarkan.

4 - Janji - Janji-janji yang ditawarkan oleh pengusaha bisnes-bisnes adalah sememangnya hebat-hebat dan mantap belaka, seolah-olah tiada apa yang buruk dalam perniagaan mereka. Namun, tidak semestinya kita pengguna yang bijak boleh tertipu dengan segala apa yang mereka taburkan. Pengkajian yang teliti hendaklah dilakukan untuk memastikan bisnes itu benar-benar sahih dan sememangnya boleh menjanjikan pulangan lumayan, biarpun secara perlahan-lahan. Jikalau peniaga bisnes menjanjikan pulangan yang hebat walaupun pada hari pertama anda menyertainya, saya ucapkan takziah dan minta maaf banyak-banyak. Saya katakan itu tipu belaka. Bisnes tidak boleh berkembang dengan pesat dalam masa sehari. Bisnes ini akan berkembang perlahan-lahan dengan promosi di merata tempat. Cuba anda fikirkan, mana ada bisnes yang boleh berkembang hebat dalam masa sekejap sahaja sehingga orang yang menyertainya boleh mendapat pulangan hebat dalam masa sehari? Sehebat-hebat sesuatu barangan pun tidak menjamin perkembangan bisnes dalam masa sebentar sahaja.

5 - Tiada modal - Ini biasanya program PPC ataupun PPV, di mana peserta akan dibayar hanya dengan menjawab 'survey', klik ataupun 'view' sahaja laman web yang diberikan. Saya beranggapan jika bisnes ini tidak menjanjikan pulangan hebat dengan modal harus dikeluarkan, maka ia tidak menjadi masalah. Anda tidak akan rugi apa-apa. Malah, ada yang menjadi hebat hanya dengan gaya ini seperti raja Adsense, bloggers Nuffnang dan sebagainya. Cuma nasihat saya, berhati-hatilah. Itu sahaja.

Sampai di sini sajalah perbincangan kita pada kali ini. Semoga anda akan lebih berhati-hati dengan iklan-iklan yang ditawarkan dan berfikirlah dengan rasional. Pesan saya, kesahihan dan kerberkesanan sesuatu bisnes itu dapat dipastikan dengan -

1 - Iklan yang bersederhana dan jujur
2 - Status "Desire" atau "Necessity" barangan yang ditawarkan
3 - Harga barangan
4 - Janji
5 - Modal

Sekian, salam hormat.

(Mohd Shafrizal)



Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.