Sunday, December 20, 2009

Project Accomplished!!

Salam sejahtera,

Setelah berhempas pulas selama 1 bulan, akhirnya saya dapat juga menghasilkan laman web jualan pertama saya dengan menggunakan software percuma NVU dan FileZilla serta domain dan hosting percuma GDI.

Proses ini hampir-hampir membuatkan saya putus asa, namun berkat pertolongan dari rakan-rakan GDI khususnya Shah MK, Mohd Razil Mohd Zaini, Izo, Fauzi Hamad, sifu Internet-marketing saya sendiri, Zamri Nanyan dan warga-warga GDI yang lain, akhirnya saya dapat menghasilkan website jualan saya sendiri.

Jadi, apa tunggu lagi? Saya ada satu rahsia besar yang ingin saya kongsikan bersama anda semua. Setakat ini saya ada banyak rahsia besar, tapi saya hanya akan kongsikan satu saja dan saya akan bongkarkan ia dari masa ke semasa.

Nak tahu apa Rahsia Besar itu? Sila layari -

E-Biz Secrets.WS

Anda akan terkejut dengan pendedahan terbesar yang akan saya bongkarkan kepada anda.

Salam hormat.

(Shafrizal)

p/s - Kalau ada sesapa yang 'lemah jantung' tu, berhati-hati ya. Kadar pendapatan tertinggi yang IM (Internet Marketer) boleh hasilkan adalah sekitar nombor-nombor yang saya sebutkan dalam website saya itu. ;D

2 comments:

  1. salam,
    saya berminat nk join GDI, tp mcm mane nk promote website supaya org len blh join gak?

    ReplyDelete
  2. W'salam Fazdli,

    Terima kasih sebab sudi lawat blog saya. Okey, strategi pemasaran GDI boleh dibahagikan kepada 2, itu serba-sedikit dalam post saya yang seterusnya.

    1 - Pemasaran Offline - Fadzli boleh hebahkan kepada famili, kawan-kawan dan member-member yang Fazdli target memang berminat dgn bisnes. Ceritakan semua kepada mereka, daripada produk yang ditawarkan sehinggalah pelan pemasaran dan peluang side income yang boleh dijana.

    sbg contoh -
    a) pemasaran menggunakan kaedah klasik. Cakap depan-depan, face by face.
    b) Edarkan flyers ataupun pamplet.
    c) Print-kan iklan dan tampal kat mana-mana.

    2 - Pemasaran Online - Dalam strategi ini, Fazdli sebenarnya ada banyak pilihan strategi pemasaran. Saya catitkan secara over view saja.

    a) Kaedah Blogging - pemasaran melalui blog seperti yang saya buat sekarang.
    b) Pemasaran di forum-forum - Iklankan bisnes GDI di forum-forum ataupun di signature setiap post Fazdli. Tetapi ingat, jgn spam forum itu atau Fazdli akan di-ban oleh forum itu.
    c) Iklan online - Boleh melayari laman web iklan seperti Freeads.com, Mudah.my, cari.my dan sebagainya. Submitkan iklan di situ.
    d) Laman web sosial - Facebook, Twitter, Friendster, Myspace, Tagged dan lain-lain. Boleh promosi besar-besaran di situ.
    e) Promosi di Yahoogroups - Boleh promosi link website di Yahoogroups. Lagi byk group, lagi bagus.
    f) E-mail marketing - Ini strategi yg otai-otai GDI memang gemar. Setup laman web sendiri, gunakan sistem autoresponder sendiri dan promosi laman web anda habis-habisan.

    Insya-Allah, gerenti.. mesti ada yang sangkut punya~ :D

    ReplyDelete