Sunday, November 1, 2009

Scam? Fraud? Bisnes Tipu?

Salam Sejahtera,

Dalam artikel kali ini, saya akan berkongsikan sedikit-sebanyak hasil pemerhatian dan pengalaman saya sepanjang tempoh masa saya berkecimpung dalam dunia perniagaan internet ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan scam, fraud dan bisnes tipu-menipu ini? Pada hari ini saja kita dapat lihat betapa banyaknya bisnes-bisnes internet ini bertumbuh bak cendawan selepas hujan. Ada yang merupakan sebenar-benar bisnes, yang menguntungkan sesiapa sahaja yang berkecimpung di dalamnya, dan ada yang hanya scam, fraud dan bohong sahaja. Tidak menguntungkan sesiapa pun yang menyertainya melainkan tuan punya bisnes itu sendiri.

Oleh itu, mari kita lihat dan renung-renungkanlah, adakah keputusan kita selama ini betul ataupun salah.

1 - Iklan - Bisnes scam, fraud dan tipu ini menawarkan pulangan yang sangat tinggi dalam iklannya. Macam tidak logik-lah pula. Iklan yang menawarkan pulangan hebat seperti "RM400 sehingga RM800" sehari. Logikkah itu? Jikalau bisnes itu benar-benar menjanjikan pulangan seperti itu, maka individu yang menyertai bisnes itu sudah pun mendapat dalam RM12000 sehingga RM32000 sebulan. Saya tidak fikir ini satu fakta yang logik, kerana bagi sesuatu bisnes yang hanya berpaksikan sasaran di Malaysia, adalah amat susah untuk mencapai pulangan yang hebat seperti ini, melainkan individu tersebut melakukan bisnes jual - beli seperti menjual barangan digital, menjual e-book hasil karyanya sendiri dan lain-lain lagi. Ini adalah satu scam ataupun pembohongan yang sangat besar dalam dunia bisnes internet.

2 - Barangan - Barangan juga memainkan peranan penting dalam menentukan perjalanan bisnes dan sejauh manakah kesahihan bisnes itu sendiri. Dalam hal ini, kita boleh lihat dalam 2 perkataan, iaitu 'Kehendak' dan 'Keperluan' ataupun dalam bahasa Inggeris-nya disebut 'Desire' dan 'Necessity', salah satu cabang utama dalam pengajian ekonomi. Sesuatu barangan yang ditawarkan itu termasuk dalam 'Desire' ataupun 'kehendak' apabila kita tidak merasakan kita perlukannya untuk apa tujuan sekalipun. Akan tetapi, barangan yang ditawarkan itu adalah 'Necessity' ataupun 'keperluan' apabila kita melihat barangan itu menjadi salah satu daripada perjalanan hidup setiap individu dan menjadi barangan yang sangat diperlukan oleh setiap orang. Contohnya, perniagaan Domain dan Webhosting. Domain dan webhosting adalah menjadi satu kemestian bagi individu yang ingin membuka laman webnya sendiri, sama ada laman web itu berbentuk hiburan, perniagaan ataupun bersifat 'non-profit'.

3 - Harga Barangan - Apa yang anda mungkin akan kata apabila harga barangan seperti software telefon bimbit yang anda boleh dapat di pasar malam dengan harga RM5 dan percuma apabila anda mengenali rakan anda yang sememangnya hebat dalam bidang telekomunikasi ini, tiba-tiba dimasukkan dengan pakej MLM yang ditawarkan kepada anda dengan harga RM60? Saya rasa ini sesuatu yang tidak logik sama sekali. Di sini kita dapat lihat sejauh manakah kesahihan bisnes itu sendiri. Bagaimana pula dengan penjualan e-book sehingga RM70? sekiranya e-book itu sangat bermanfaat dan isinya padat dengan segala informasi yang diperlukan maka ianya adalah berbaloi dan bisnes itu tidak menipu sama sekali. Langganan Domain dan Webhosting juga begitu, hanya RM35 sebulan, bertepatan dengan pasaran 'Domain' sekarang yang menawarkan RM30 sehingga RM300 untuk satu domain mengikut spesifikasi yang ditawarkan.

4 - Janji - Janji-janji yang ditawarkan oleh pengusaha bisnes-bisnes adalah sememangnya hebat-hebat dan mantap belaka, seolah-olah tiada apa yang buruk dalam perniagaan mereka. Namun, tidak semestinya kita pengguna yang bijak boleh tertipu dengan segala apa yang mereka taburkan. Pengkajian yang teliti hendaklah dilakukan untuk memastikan bisnes itu benar-benar sahih dan sememangnya boleh menjanjikan pulangan lumayan, biarpun secara perlahan-lahan. Jikalau peniaga bisnes menjanjikan pulangan yang hebat walaupun pada hari pertama anda menyertainya, saya ucapkan takziah dan minta maaf banyak-banyak. Saya katakan itu tipu belaka. Bisnes tidak boleh berkembang dengan pesat dalam masa sehari. Bisnes ini akan berkembang perlahan-lahan dengan promosi di merata tempat. Cuba anda fikirkan, mana ada bisnes yang boleh berkembang hebat dalam masa sekejap sahaja sehingga orang yang menyertainya boleh mendapat pulangan hebat dalam masa sehari? Sehebat-hebat sesuatu barangan pun tidak menjamin perkembangan bisnes dalam masa sebentar sahaja.

5 - Tiada modal - Ini biasanya program PPC ataupun PPV, di mana peserta akan dibayar hanya dengan menjawab 'survey', klik ataupun 'view' sahaja laman web yang diberikan. Saya beranggapan jika bisnes ini tidak menjanjikan pulangan hebat dengan modal harus dikeluarkan, maka ia tidak menjadi masalah. Anda tidak akan rugi apa-apa. Malah, ada yang menjadi hebat hanya dengan gaya ini seperti raja Adsense, bloggers Nuffnang dan sebagainya. Cuma nasihat saya, berhati-hatilah. Itu sahaja.

Sampai di sini sajalah perbincangan kita pada kali ini. Semoga anda akan lebih berhati-hati dengan iklan-iklan yang ditawarkan dan berfikirlah dengan rasional. Pesan saya, kesahihan dan kerberkesanan sesuatu bisnes itu dapat dipastikan dengan -

1 - Iklan yang bersederhana dan jujur
2 - Status "Desire" atau "Necessity" barangan yang ditawarkan
3 - Harga barangan
4 - Janji
5 - Modal

Sekian, salam hormat.

(Mohd Shafrizal)



Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.

No comments:

Post a Comment