Thursday, November 5, 2009

Perkara Yang Akan Menjahanamkan Bisnes - Part 1

Dalam entri pada kali ini, saya hendak membincangkan mengenai perkara ini. Dalam kita mengejar penjualan dan pemasaran yang tinggi, kita tidak sedar akan hal-hal remeh-temeh seperti ini. Adab bermasyarakat sudah pun ditinggalkan, walhal ia sangat membantu kita dalam interaksi sesama manusia dalam kehidupan seharian. Begitu juga dengan tips-tips asas yg sebenarnya mempunyai kekuatan yang penting dalam membantu pemasaran dan strategi jualan kita supaya lebih kukuh dan ampuh.

Kata kunci kita pada kali ini adalah adab. Adab, seperti yang diistilahkan oleh kamus adalah budi pekerti dan nilai-nilai moral. Baik buruk budi pekerti seseorang itu terletak pada adabnya. Baik adabnya, maka dipandang tinggilah dia.

Namun begitu, saya melihat masyarakat kita seakan-akan kekurangan adab. Ini termasuklah saya sendiri, Na'uzubillah. Saya akui, saya memang ada kekurangan saya sendiri. Dan pada kali ini saya menasihati diri saya dan para pembaca sekalian, semoga Allah Taala membimbing kita semua ke jalan yang benar.

Perkara yang kita sering perhatikan dalam bisnes internet ini adalah apabila seorang IM (Internet Marketer) membantai IM yang lain, seakan-akan menunjukkan dia tiada adab. Sering juga saya mengunjungi blog-blog IM secara senyap, iaitu melayari blog mereka dan membaca pos blog mereka tanpa meninggalkan apa-apa kesan seperti komentar dan sebagainya.

Akan tetapi, terdapat juga IM yang menjadikan blog mereka sebagai tempat untuk mereka membantai dan mengutuk IM yang lain. Apakah ini satu tindakan yang baik? Jikalau tidak berpuashati, maka salurkan ketidakpuasan hati itu secara berhikmah. Ajaklah berbincang dengan baik, itu barulah menangani masalah secara profesional.

Saya juga akui saya agak bersetuju dengan ketidakpuasan hati mereka mengenai hal-hal tertentu. Akan tetapi adalah tidak patut untuk mereka berbuat begitu. Sekurang-kurangnya pergilah berbincang bersama, luahkan apa yang terbuku di hati. Itu barulah gaya seorang profesional dan kata orang barat, "gentleman".

Tidakkah mereka sedar yang gaya mereka sebegitu rupa menunjukkan kepada prospek-prospek pembeli yang mereka itu tidak profesional seperti yang disangka? Apabila masuk musim pasaran dan jualan barangan mereka, ayat yang keluar dari mulut dan ditaip di e-mel adalah begitu manis dan mampu memukau pembeli... akan tetapi, realitinya tidak seindah yang disangka.

Ini boleh membuatkan pelanggan lari kepada penjual yang lain, walaupun betapa hebatnya isi kandungan barangan yang dijual oleh mereka. Bak kata orang barat, "Self impression is important. It shows the world on how good you are, before the world judges you more.".

Lihatlah bagaimana adab itu boleh mempengaruhi jualan dan bisnes seseorang itu. Anda mempunyai adab dan pekerti yang tinggi, anda akan hidup senang dan dihormati orang. Begitu juga sebaliknya.

Sekian saja buat entri ini.

4 comments:

  1. Salam bro Shaf dan semua pembaca setia blog Shaf nie ,

    Saya secara peribadi mengakui adanya kewujudan budaya ini diantara beberapa IM tempatan kita , malah di luar sana (IM barat) pun sikap ini turut menjiwai sebahagian drpd mereka.

    Tamak , sombong , fokus kpd diri sendiri saja yg BETUL , nak kan pengaruh , provoke yg lain , adalah antara sikap2 KURANG SIHAT yg sedang melanda IM2 tempatan kita.

    Bukan saja di dalam dunia ONLINE BIZ tapi di dalam perniagaan KONVENSIONAL juga budaya ini sudah menjadi kebiasaan. Terlalu FOKUS pada mengejar DUIT menyebabkan banyak antara kita hilang adab sopan ketika menjalankan urusan perniagaan atau kehidupan seharian.

    Sanggup mengadaikan MARUAH demi mengejar cita2 JAHAT mereka.Jika perkara/budaya ini masih berterusan, kemungkinan satu hari kelak...kewujudan industri perniagaan berkenaan akan mengalami kerugian yg AMAT BESAR - kesannya turut dirasai oleh muka-muka baru yg sedang berjinak2 dgn corak perniagaan tersebut.

    Terima kkasih kpd Shaf kerana membenarkan komentar saya ini dipaparkan ... wah dengar nak pakai BLOG SENDIRI sekarang nie ... yer ke bro?

    Salam sukses , Razil aka Abangmali.

    ReplyDelete
  2. W'salam bro Razil,

    Terima kasih byk2 atas komentar yg sgt bernas. Pakai blog sendiri? tak la, nanti ada duit lebih baru boleh buat~

    Saya lihat itulah fenomena yang melanda newbie dan juga sebahagina IM sekarang. PErniagaan ini adalah untuk jangka masa panjang, jadi komunikasi dan hubungan yg baik hendaklah diterapkan.

    Macam org kata, Win-Win situation. Kita untung, customer puas hati.

    Terima kasih atas komen yg sgt bernas dari bro Razil.

    p/s - PAda pembaca yg budiman, Mr. Razil ini adalah mentor saya selain master sifu saya, Mr. Zamri Nanyan dan others sperti bro Izo, Bro Shah MK. Bro Fauzi, bro Jim. Diorg saya dah anggap macam family sendiri.

    ReplyDelete
  3. Salam Shaf, ko buat aku terharu. Sedih sungguh aku hari ni.

    Setiap yang baru tu ilmu.

    Shah Mk.

    ReplyDelete
  4. W'salam Bro Shah, jgn menangis~ heheh

    Thank you, ilmu ni semua untuk kita kongsikan dan praktik-kan bersama~

    ReplyDelete