Friday, November 6, 2009

Perkara Yang Akan Menjahanamkan Bisnes - Part 2

Salam sejahtera para pembaca semua. Minta maaf jikalau entri pada kali ini pendek dan ringkas sahaja. Kerana pada waktu saya menulis entri ini, saya baru sahaja diserang penyakit migrain saya yang datang balik selepas bertahun-tahun ia menyepi. Bak kata seorang kawan, "Itulah, merokok je kerja. Tak da cara lain ke nak release tension?!!". Tak mengapa, kita tinggalkan dulu aktiviti tidak berfaedah saya itu.

Dalam entri kali ini, kata kunci kita yang kedua adalah 'mentaliti'. Sebenarnya kata kunci kita pada kali ini memainkan peranan penting kerana mentaliti itu adalah sebenarnya yang menentukan hala tuju hidup kita. Dalam bahasa Inggerisnya dipanggil, "mindset".

Para usahawan amat menitikberatkan kata kunci ini. Mentaliti yang mereka pegang dan cara mereka berfikir adalah lain sekali dengan cara kita biasa berfikir.

Dalam dunia realiti ini, saya sering lihat kemajuan ataupun kejatuhan sesorang usahawan ataupun seseorang yang hendak menceburi bisnes itu. Saya fikir, ianya berkait rapat dengan mentaliti seseorang. Begitu juga dengan bisnes internet. Mentaliti ataupun gaya pemikiran yang kita sering hadapi adalah bisnes internet ini boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan dan cepat, tanpa banyak usaha sekalipun.

Minta maaf, tetapi gaya pemikiran itu adalah salah. Dalam apa jua bisnes internet sekalipun, kesemuanya tidak menjanjikan pulangan yang lumayan sekiranya anda tidak berusaha, dan pulangan yang cepat walau apa cara promosi anda sekalipun. Kenapa?

Bisnes Internet ini memerlukan anda mengukuhkan kepercayaan orang lain terhadap diri anda dan kredibiliti anda sendiri. Kepercayaan yang hendak dibina itu kadang-kala memakan masa yang sangat lama, bukan sekadar anda berikan photo anda, alamat rumah anda, nombor telefon anda dan lain-lain lagi. Prospek anda akan tengok sejauh mana anda berjaya menguruskan perniagaan anda, kredibiliti dan penampilan anda. Dan di sini saya hendak tekankan bahawa anda tidak semiestinya mendapat ramai pelanggan hanya dengan mencanang kekayaan hasil bisnes internet anda, seperti meletakkan gambar promosi yang melampau-lampau.

Yang pasti, kejujuran dan personaliti itu penting. Gabungkan kedua-dua elemen penting itu, beserta dengan mentaliti yang betul, iaitu berbisnes untuk jangka masa yang panjang... barulah anda akan berjaya di masa hadapan.

Dalam artikel lain, saya akan bincangkan mengenai kata kunci yang saling berkait dengan 'mentaliti yang salah', iaitu 'putus asa'. Sekian sahaja buat kali ini, dan... aduh, sakit kepala lagi.

Minta maaf, andai kata tersilap dan terkasar bahasa.

(Shafrizal)


Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.

3 - Ataupun e-mail saya di - hiji_ginta@hotmail.com untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua program hebat ini!

No comments:

Post a Comment