Sunday, November 15, 2009

How To Make Money With Physical Products By Patrick Chan (11 - 12 November 2009)

Laporan Ringkas Oleh Mohd Shafrizal Yang Telah Menyertai Seminar "How To Make Money With Physical Products" Oleh Mr. Patrick Chan, 12 November 2009 di Melia Hotel, Kuala Lumpur.

(12 November 2009, Melia Hotel, Kuala Lumpur)

Seminar ini dikhaskan untuk golongan 'Newbie" ataupun golongan yang baru berkecimpung dalam bisnes internet ataupun yang menyimpan hasrat untuk menceburi bisne internet sama ada secara 'part-time' ataupun 'full-time'.

Dalam seminar ini , IM terkenal iaitu Patrick Chan telah mendedahkan serba-sedikit mengenai apa itu niche marketing, pemilihan sasaran pembeli, penerapan SEO dalam pembuatan laman web dan kesilapan yang sering dilakukan oleh golongan yang baru menceburi bidang bisnes internet.

Apakah yang dimaksudkan dengan niche marketing? Niche marketing adalah sebagai satu element ataupun subset kepada fokus sesuatu produk itu. Ia juga boleh dikatakan sebagai meletakkan fokus kepada ciri-ciri sesuatu produk itu dari segi karakteristik produk itu, sasaran pembeli, sejauh mana produk itu mampu memenuhi kehendak pasaran bagi sasaran yang ditetapkan, kualiti produk tersebut serta status dan 'demography' golongan sasaran.

Dalam hal ini, pengusaha ataupun pemasar seuatu produk mestilah menyasarkan golongan yang dijangka mampu memenuhi kehendak mereka sekiranya mereka memiliki produk tersebut.

Sebagai contoh, pemain bola sepak, khususnya yang baru bermain memerlukan bola sepak sendiri untuk berlatih. Jadi mereka memandang bola sepak dan buku cara-cara untuk bermain bola sepak sebagai elemen yang memenuhi kehendak mereka. Kata kunci niche bagi golongan ini adalah -

ball, soccer, book, newbies

Niche yang terbaik adalah niche yang memberi gambaran awal bagaimana produk itu akan memenuhi kehendak mereka, seterusnya menarik hati mereka untuk membeli produk itu. Jadi, dalam kes di atas, niche yang berkesan adalah -

Soccer ball for newbies, Soccer book for newbies, Book on how to play soccer well dan lain-lain lagi yang saya sendiri pun tidak mampu untuk fikirkannya. (andai kata saya salah, saya minta maaf. Saya pun baru saja dalam bidang ini~)

Niche produk juga boleh direka berdasarkan soalan 'Untuk Apa, Golongan Sasaran, Jenis' iaitu dalam bahasa Inggeris disebut "About, Who, Type". Sebagai contoh -

- Menjual buku mengenai __________ (mestilah spesifik dan jelas)
- Alatan memancing untuk __________ (golongan sasaran)
- Sarung tangan _________ (jenis)


Dalam penerapan SEO pula, Patrick Chan telah menyentuh mengenai kepentingan SEO (Search Engine Optimization) dalam meningkatkan kadar trafik ke laman web. Hanya dengan berbekalkan meta-tag optimization dan penyusunan struktur laman web itu sendiri, anda boleh lihat se-popular manakah laman web anda dan sebanyak mana pelawat masuk ke dalam laman web anda. Makin banyak pelawat yang melawat laman web anda, semakin banyak-lah peluang anda untuk melariskan jualan anda. SEO memainkan peranan penting kerana kita boleh lihat sendiri sejauh mana pelawat melawat laman web kita sendiri melalui graf kemasukan pelawat yang disediakan, sebagai contoh, graf pelawat dalam Google Analytics. LAman web yang ramai dimasuki pengunjung akan meningkat kedudukannya sehingga ke tempat teratas apabila kata kunci lawan web itu dimasukkan dalam kotak 'search' dalam enjin carian, sebagai contoh, Google.

Selain itu, Patrik Chan juga mendedahkan kesilapan golongan yang baru memasuki alam bisnes internet ynag secara tidak langsung berpunca daripada mentaliti golongan itu sendiri. Bak kata Patrick Chan, "Tiada jalan mudah untuk memperolehi pendapatan lumayan melalui internet melainkan anda berusaha dan belajar pada masa yang sama.". Daripada mentaliti yang salah iaitu "bisnes internet menjanjikan pendapatan lumayan dalam masa sekelip mata", maka lahirlah pemikiran malas, takut untuk mencuba benda yang baru, sikap sambil lewa, takutkan risiko, salah pilihan dan lain-lain lagi.

Beliau telah mencatatkan 6 kata kunci penting yang selalu dilakukan oleh IM baru yang menyebabkan mereka gagal.

1 - Gaya pemikiran yang salah
2 - Berfikir melebihi kemampuan diri
3 - Tiada strategi perniagaan
4 - Takutkan risiko dan peluang untuk mencuba benda yang baru
5 - Sikap sambil lewa dan berputus asa
6 - Bertindak tergesa-gesa

Secara kesimpulannya, saya katakan ini adalah antara seminar-seminar yang bagus untuk disertai kerana segala maklumat yang disampaikan adalah berkait rapat dengan perkara-perkara yang sering ditekankan oleh setiap usahawan berjaya. Dalam erti kata lain, strategi untuk melangkah ke arah kejayaan. Sekian saja untuk kali ini.

(Mohd Shafrizal)

p/s - minta maaf, saya baru saja kebah dari demam kerana saya buat kerja gila, meredah hujan selama 40 minit hanya untuk ke seminar tersebut. Nasib baik ada baju hujan. Kalau tak, memang basah lenjun. Dan keesokan harinya, saya terpaksa berangkat pulang ke Teluk Intan, iaitu ke rumah keluarga saya kerana cuti universiti telah pun bermula. Jadi segala kekurangan dalam entri kali ini, minta maaf dan halalkan ya. Kalau mahu lebih lagi, saya akan beri penerangan satu persatu dalam entri saya yang seterusnya. Kalau nak nota catatan saya pun boleh gak, saya akan scan dan letakkan dalam satu folder, dan saya akan postkan link di sini.


_________________________

Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Saya tawarkan salah satu jalan untuk anda berusaha dan berjaya. Rebutlah peluang anda~

1 - Klik di SINI dan daftar sebagai ahli GDI.

2 - Klik di SINI dan daftar untuk menyenangkan kerja-kerja promosi anda. Berbayar? Tidak, percuma sahaja.

3 - Ataupun e-mail saya di - hiji_ginta@hotmail.com untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua program hebat ini!

2 comments:

  1. Huh ... smart .. so smart guy ( patrick chan )

    Salam dek ... dalam seminar 11.nov 09-Eastin Hotel, PJ - kehadiran :1 perempuan melayu ( akak ), 5 lelaki melayu, 20 cina dan 1 mat salleh.

    Memang bersemangat ... dari seorang budak ( kategori miskin ) bangun sebagai jutawan hanya menjual product fizikal di internet.

    Semangat beliau akan terus mengalir kedalam jasad kita ( newbie ) agar menjadi pemangkin hebat untuk kita teruskan usha.

    Kak Zainab - 0173980193
    http://onlinebiz909.ws

    ReplyDelete
  2. W'salam kak Zainab, dan terima kasih sbb sudi singgah ke blog ni.

    Kak pergi ke seminar di Eastin Hotel ya? saya pergi yg dekat Melia hotel tu, dkt Jalan Imbi.

    Yup, akak betul. Patrick Chan asalnya hanyalah seorang penjual greeting card saja. Daripada seorang budak miskin, beliau boleh bangkit menjadi millionaire bisnes internet yang hebat. Memang bravo.

    Insya-Allah, semoga kita akan lebih bersemangat untuk terus berusaha dalam bisnes ini~

    ReplyDelete